
Infaq Quran Saudara Muslim Dhuafa' dan Muallaf di Pedalaman BORNEO & ASEAN
Ringkasan Projek Infaq Quran Dhuafa' & Muallaf
Mewariskan kitab suci al-Quran, kitab tafsir al-Quran, mushaf (buku agama) kepada orang-orang yang dapat memanfaatkannya untuk kebaikan diri dan masyarakatnya. Samaada untuk ahli keluarga dirumah, untuk sekolah-sekolah agama dan maahad tahfiz dan untuk perpustakaan awam. Selagi kitab-kitab tersebut digunakan sebagai bahan bacaan dan rujukan maka orang yang mewakafkan akan mendapat pahala yang berterusan. Sebanyak 1000 Naskah Al-Quran, Iqra' dan Kitab Agama disasarkan untuk disumbangkan pada tahun ini untuk diagihkan kepada anak-anak Huffaz di Pedalaman Borneo (Sabah & Sarawak) dan ASEAN (Utara Thailand, Laos, Kemboja & Vietnam).
Borderless Humanity (B-Humanity) @ Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan mengambil inisiatif bekerjasama dengan beberapa NGO Lokal Malaysia di Borneo dan Rakan Strategik di Luar Negara bagi membantu menyelaras dan mengagihkan Al-Quran dengan sempurna.
"Hampir setiap hari kami membaca Al-Quran...Tapi Kami terpaksa berkongsi Quran yang lusuh..." - Pelajar Dhuafa' dan Muallaf

InshaAllah, pahala akan sentiasa dan terus mengalir selagi mana Al-Quran / Iqra' / Buku Agama yang tuan puan wakafkan itu dibaca bergenerasi.

Sudahlah uzur dan lusuh, ada juga pusat tahfiz / pusat pengajian muallaf ini yang memerlukan Al-Quran, Iqra' dan Buku Agama kerana:
- Kekurangan dana untuk membeli Al-Quran, Iqra' dan buku agama yang baru
- Pelajar semakin bertambah dan tidak cukup dengan jumlah Al-Quran dan Iqra' yang ada.
Kami yakin, Al-Quran yang tuan puan wakafkan akan kami agihkan kepada Insan yang betul-betul memerlukan dan menggunakannya dengan sebaik mungkin.
Antara Bukti Quran yang Telah Diagihkan Sebelum Ini
Al-Quran disampaikan sebagai hadiah buat Para Muallaf di Negara Utara Thailand dan Laos
Al-Quran, Iqra' dan Buku Agama antara yang disampaikan kepada Tahfiz Anak Asnaf dan Dhuafa'
Al-Quran disumbangkan juga kepada Surau Pedalaman yang uzur, anak-anak dhuafa' dan tahfiz dhaif.
Misi Infaq Quran Dhuafa' & Muallaf : Buat Saudara Muslim & Muallaf di ASEAN
Misi Infaq Quran Huffaz Anak Asnaf & 'Home Stateless' : Buat Muslim di Pedalaman Sabah & Sarawak
Misi Infaq Quran Huffaz : Buat Anak Tahfiz di Pusat Pengajian Quran
Kepada mereka yang ingin MENYUMBANG secara terus ke akaun Rasmi B-Humanity:
Nombor akaun pertubuhan:
Cimb Bank
8605444648
Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan @ Borderless Humanity
(Reff: wakafilmu)
*SILA KONGSIKAN RESIT BAYARAN KE NOMBOR +6014 346 1353 (Ustaz Hassan) BESERTA MAKLUMAT LENGKAP ANDA UNTUK RESIT SUMBANGAN*