Wakaf Air Bersih Untuk Pusat Tahfiz Al-Furqan

AIR BERSIH SUMBER KEPERLUAN BAGI ANAK-ANAK TAHFIZ AL-FURQAN


Kami mengalu-alukan tuan/puan yang berbesar hati untuk berinfaq bersama-sama dalam pembinaan projek Infaq Air Bersih ini. Semoga ia menjadi saham akhirat kita kelak.


Pertubuhan Kemanusaan Tanpa Sempadan @ B-Humanity dengan Kerjasama Pertubuhan Ihsan Madani (Malaysia) sedang menggerakkan satu Projek Infaq dan Waqaf Air. Air merupakan sumber utama kehidupan bagi apa sahaja hidupan di muka bumi ini. Semasa tinjauan dan jelajah Tim B-Humanity ke lapangan, kami mendapati banyak institusi agama mengalami masalah air yang sangat teruk.


PUSAT TAHFIZ AL-FURQAN MEMERLUKAN KEPRIHATINAN KITA SEMUA


Pusat Tahfiz Al-Furqan terletak di Kg Lanai, Kuala Ketil, Kedah Darul Aman. Pusat Tahfiz ini mempunyai pelajar hampir seramai 30 orang.  Kami telah melawat tahfiz ini sebanyak 2 kali dan merasakan keperluan yang sangat tinggi untuk kita bersama menaja dan memberikan infrastruktur air bersih untuk Tahfiz Al-Furqan ini.



Projek Pembinaan Sistem air bersih sangat diperlukan oleh Maahad Tahfiz Al-Furqan kerana hampir sebegitu lama, tahfiz ini mengalami masalah tekanan air rendah, punca air yang berkeladak, tidak bersih dan berwarna kuning.

Anak-anak Tahfiz Al-Furqan sedang membaca Al-Quran



Antara aktiviti Anak-anak Tahfiz Al-Furqan setiap hari





KENAPA NAK BANTU TAHFIZ AL-FURQAN?


LOKASI PUSAT TAHFIZ AL-FURQAN DIMANA AKAN DIBANGUNKAN PROJEK TELAGA AIR DAN SISTEM SALIRAN BERSISTEMATIK



ADA MASALAH AIR KE?

TAK GUNA PAM AIR KE?

TAK ADA BUAT TADAHAN AIR HUJAN KE?



SISTEM TADAHAN AIR HUJAN JUGA DILAKSANAKAN OLEH MUDIR, TAPI TIDAK MAMPU BERTAHAN LAMA DAN SERING MENGALAMI MUSIM KERING



Kolam tadahan air pun tidak dapat diisi dengan sebaiknya kerana faktor tekanan rendah dan pam air kerap mengalami kerosakan

Beginilah keadaan setiap hari, pam air tidak dapat mengepam banyak air di kolam tangki tambahan di luar asrama tahfiz


Pam air sering berganti tetapi kerosakan akan kerap berlaku juga selain kelihatan keadaan air yang begitu berminyak


Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan @ Borderless Humanity Mengambil Tindakan Proaktif untuk membantu menyelesaikan masalah Pusat Tahfiz Al-Furqan yang berlaku selama ini


Perjanjian tandatangan MOU diantara 2 penaja bersama iaitu B-Humanity dan Ihsan Madani serta Pusat Tahfiz Al-Furqan sebagai penerima manfaat


Alhamdulillah pada bulan Oktober 2023 yang lalu, B-Humanity bersama Ihsan Madani sebagai Rakan Strategik menandatangani satu perjanjian persefahaman MOU dengan Pusat Tahfiz Al-Furqan dan Syarikat Kontraktor yang bertauliah.


Pelan Cadangan yang sedang dibangunkan di Pusat Tahfiz berkenaan untuk projek Water 4 Jannah




BERAPA KOS YANG DIPERLUKAN?


"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya." (Surah Al-Baqarah: 261)



PROGRESS FASA 1









Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
INFAQ LOT DERMAWAN (RM 1000)
INFAQ LOT HARTAWAN (RM 500)
INFAQ LOT TARBIYYAH (RM 200)
INFAQ LOT MAWADDAH (RM 100)
INFAQ LOT SAKINAH (RM 50)
Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN

Perlukan Bantuan?