ALIRKAN PAHALA BERPANJANGAN DENGAN INFAQ TELAGA AIR BERSIH UNTUK SAUDARA BARU



Infaq Telaga Air Bersih merupakan projek penambahbaikan pengairan dan saliran air telaga boring terus kepada penerima manfaat di Masjid Ar-Raudhah. Projek ini akan memberi manfaat kepada 10 keluarga saudara baru.


Masjid Ar-Raudhah merupakan masjid kecil yang dibina oleh seorang pendakwah/ustaz bernama Osman Uma yang berasal daripada Patani kemudian berhijrah ke Wilayah Nong Khai, Thailand, demi merencanakan kerja dakwah dan menggiatkan kegiatan Islam di bumi Utara Timur Thailand. Masjid ini didirikan atas dasar membangunkan usaha murni menggerakkan aktiviti pengajian Islam dan pengenalan asas Islam kepada Muallaf yang sudah masuk Islam hampir 10 keluarga setelah usaha dakwah yang beliau lakukan dengan beberapa pendakwah lain selama hampir 10 tahun.



Dana diperlukan untuk membangunkan telaga ini dianggarkan sebanyak RM7,000 sahaja.


Masjid sudah ada, tetapi air untuk berwuduk dan untuk kegiatan masjid masih belum tersedia. Kami ingin membantu mualaf-mualaf ini mendapatkan sumber air yang berterusan.


Air sedia adalah dalam keadaan keruh dan berwarna.


Air yang ada setakat ini dikongsi kepada 1 keluarga mualaf yang masuk Islam yang mana telaga tersebut merupakan telaga tiub (boring). Kedalaman telaga berkenaan hanya sekitar 40 kaki dan hanya mencukupi untuk kegunaan 1 keluarga sahaja.



Gambar Atas Ustaz Osman menunjukkan tapak yang sudah dikenalpasti untuk dilaksanakan projek galian telaga air boring tersebut secepatnya.

Manakala gambar dibawahnya menunjukkan Ustaz Hassanuddin sedang mencuba membuka paip air tangki simpanan masjid untuk mengambil wudhu'. Akan tetapi malangnya, air tiada kerana kering dan tidak dapat dipam masuk kedalamnya.



Air yang digunakan terpaksa dibeli setiap hari untuk kegunaan memasak, membasuh baju dan minum setiap hari kerana punca air utama dikhuatiri tidak bersih dan berwarna. Mereka terpaksa keluar sejauh 5 km jauhnya untuk keluar daripada kawasan mereka untuk mendapatkan air tersebut.



Jalan untuk memasuki kekampung Kok Bung Senong. Hutan getah dan jalan yang tidak berturap. Kalau waktu hujan lebat dan musim banjir, jalan ini akan berlecak dan rosak.



Tim B-Humanity bersama beberapa penduduk kampung mualaf.


Penduduk kampung muallaf serta pendiri masjid berkenaan mendoakan kita semua agar dapat meringankan beban dan membantu mengumpulkan dana secepat mungkin bagi membantu pembinaan telaga air berkenaan.




SASARAN KUTIPAN DANA : RM 7,000


Rasulullah SAW bersabda;

Tidak ada hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana ada dua malaikat yang turun, salah satunya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang-orang yang berinfaq. Sedangkan (malaikat) yang lainnya berkata: ‘Ya Allah berikanlah kehancuran kepada orang-orang yang menahan (hartanya).

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



Penafian: Sekiranya jumlah kutipan sumbangan telahpun mencapai sasaran bagi PROJEK INFAQ BAIK PULIH MADRASAH, lebihan dana tersebut akan digunakan untuk PROJEK YANG LAIN ATAU sumbangan projek umum.


Semoga semua penyumbang dana dan doa yang sama-sama menjayakan projek ini diberikan ganjaran yang berpanjangan seperti air yang mengalir.  

'Ya Allah, kurniakanlah kesihatan buat mereka, para penyumbang, penderma, yang mewaqafkan sebahagian harta dunia mereka untuk agama-Mu dan manfaat orang ramai. Dengan kesihatan yang baik, lebih banyak manfaat mereka boleh kongsikan buat orang lain lagi'.


Kepada mereka yang ingin MENYUMBANG secara terus ke akaun Rasmi B-Humanity:


Nombor akaun pertubuhan:

Cimb Bank

8605444648

Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan

(Reff: Telaga Masjid Ar Raudhah)



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
INFAQ TELAGA AIR MASJID AR RAUDHAH (RM 10)
INFAQ TELAGA AIR MASJID AR RAUDHAH (RM 20)
INFAQ TELAGA AIR MASJID AR RAUDHAH (RM 50)
INFAQ TELAGA AIR MASJID AR RAUDHAH (RM 100)
INFAQ TELAGA AIR MASJID AR RAUDHAH (RM 200)
Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN

Perlukan Bantuan?