
INI AMALAN PALING SENANG UNTUK DAPAT PAHALA
BERGANDA-GANDA DI BULAN RAMADAN..
Amalan yang paling senang untuk mendapatkan pahala yang berganda-ganda khususnya di Bulan Ramadan adalah menaja Anak Yatim dan Anak Asnaf berbuka puasa serta sahur.
Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا
Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
REBUT PELUANG TAJA IFTAR DAN SAHUR UNTUK ANAK YATIM SEPANJANG RAMADAN 1444 H | 2023
Alhamdulillah atas usaha bersama B-humanity dengan rakan NGO dalam Negara mahupun Luar Negara menyampaikan amanah dengan menyediakan juadah iftar dan sahur buat mereka yang memerlukan termasuk anak-anak yatim.
Pelbagai emosi yang telah kita saksikan saban tahun setiap kali kita menghulurkan pek juadah iftar yang istimewa buat mereka. Mungkin bagi kita menu yang kita sajikan itu adalah menu biasa TETAPI buat mereka menu ini adalah yang paling teristimewa buat mereka dimana jarang sekali mereka dapat merasai juadah yang sedap dan lazat.
Anda boleh berkongsi rezeki dalam bentuk pelbagai pakej yang mana manfaat ini akan disampaikan secara tersusun dibeberapa buah negara antarabangsa antaranya Palestin, Syria, Bangladesh, Arakan, Vietnam, Laos, Kemboja, Afghanistan, Indonesia, Lubnan, Selatan Filipina dan juga Pedalaman Malaysia.
INDAHNYA RAMADAN BERSAMA ANAK YATIM
"Mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim, katakanlah; "Mengurus urusan mereka secara patut adalah baik" (QS. Al-Baqarah [2]: 220)
Dalam ayat tersebut, Allah menegaskan kepada kita untuk mengurus anak-anak yatim dengan sebaiknya. Besar ganjaran pahala bagi orang yang memuliakan dan menyantuni anak yatim.
JOM kita taja mereka dengan memberi peluang mereka merasai nikmat berbuka dengan berkongsi daripada apa yang kita ada bersama mereka! Insha Allah semoga Ramadan ini akan menjadi jawapan terbaik kita kepada Allah S.W.T tentang pengorbanan dan usaha kita dalam membantu anak yatim.