TajaSyawalAnakYatim

DENGAN SEDEKAH ANDA MAMPU MENGUKIR SENYUMAN ANAK SYURGA





Kemeriahan Syawal pasti berbeza bagi setiap keluarga. Namun bagi sesetengah orang, Syawal mereka diraikan tanpa keluarga tercinta tanpa pakaian yang istimewa dan hanya ala kadar sahaja. Pada Aidilfitri yang lalu, seramai 500 orang anak yatim yang telah menerima manfaat pakaian raya hasil bantuan dana Masyarakat yang prihatin. Pada tahun ini, kami akan meneruskan projek tersebut dengan sasaran sebanyak 1000 orang penerima. Keseluruhan anggaran tajaan ialah sebanyak RM 200,000 diperlukan bagi merealisasikan projek ini.


Keutamaan Bersedekah


Orang yang bersedekah merasakan dada yang lapang dan hati yang bahagia.


مثل البخيل والمنفق ، كمثل رجلين ، عليهما جبتان من حديد ، من ثديهما إلى تراقيهما ، فأما المنفق : فلا ينفق إلا سبغت ، أو وفرت على جلده ، حتى تخفي بنانه ، وتعفو أثره . وأما البخيل : فلا يريد أن ينفق شيئا إلا لزقت كل حلقة مكانها ، فهو يوسعها ولا تتسع


“Perumpamaan orang yang kedekut dengan orang yang bersedekah seperti dua orang yang memiliki baju besi, yang bila dipakai menutupi dada hingga selangkangannya. Orang yang bersedekah, dikarenakan sedekahnya ia merasa bajunya lapang dan longgar di kulitnya. Sampai-sampai ujung jarinya tidak terlihat dan baju besinya tidak meninggalkan bekas pada kulitnya. Sedangkan orang yang kedekut, dikarenakan pelitnya ia merasakan setiap lingkar baju besinya merekat erat di kulitnya. Ia berusaha melonggarkannya namun tidak bisa.”  (HR. Bukhari no. 1443)






Oleh itu, B-Humanity dengan rendah hati ingin mengajak para penyumbang bersama dengan kami untuk membantu anak-anak yatim, golongan kurang berkemampuan dan para asnaf. Jutaan terima kasih diucapkan buat kalian yang prihatin dan sudi menyumbang.


Lipat gandakan lagi pahala di bulan Ramadan yang berkat ini dengan menyumbang ke tabung Kasih Prihatin. Rezeki yang kita kongsikan walaupun sedikit pasti mendapat keberkatan lebih-lebih lagi apabila dapat membuat mereka tersenyum riang dan mendapat pakaian raya baru.






Kami mendoakan agar apa yang kalian infaqkan kepada golongan ini, mendapat ganjaran pahala yang besar dan diluaskan rezeki serta dipermudahkan urusan dunia dan akhirat oleh-Nya.





Kos yang diperlukan:


1) Baju Kurung & Tudung | Perempuan

(RM200 x 500 pasang) = RM 100,000.00


2) Baju Melayu & Samping | Lelaki

(RM200 X 500 pasang) = RM100,000.00


KOS KESELURUHAN YANG DIPERLUKAN = RM200,000.00



“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”


(Hadis riwayat Muslim)


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Taja Pakaian Raya 1 (RM 20)
Taja Pakaian Raya 2 (RM 50)
Taja Pakaian Raya 3 (RM 100)
Taja Pakaian Raya 4 (RM 200)
Taja Pakaian Raya 5 (RM 500)
Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN

Perlukan Bantuan?