Sedekah Subuh Humanity

AJAIBNYA SEDEKAH SUBUH

Sedekah boleh dilakukan pada bila bila masa dan di mana jua kita berada. Sedekah yang paling afdal ialah sedekah kepada ahli keluarga yang terdekat. Tapi tahukan kita, terdapat waktu waktu yang di mana sedekah kita akan jadi istimewa? Antaranya ialah sedekah pada waktu subuh


APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SEDEKAH SUBUH?

Sedekah subuh adalah sedekah yang dilakukan pada waktu subuh iaitu selepas terbit matahari dan sebelum habisnya waktu subuh. Sebaiknya dilakukan setelah selesai solat subuh. Apa yang istimewanya sedekah subuh ni?


Sedekah subuh ini sangat istimewa kerana ia boleh dilakukan setiap hari. Ia juga di anggap satu sedekah yang terbaik di antara sedekah yang lain.


Rasullullah S.A.W pernah berkata bahawa, akan turun malaikat ke bumi untuk mendoakan mereka yang melakukan sedekah subuh. Seperti yang kita sedia maklum, doa malaikat adalah antara doa mustajab.


“Setiap pagi, dua malaikat turun mendampingi seorang hamba. Yang satu mendoa: Wahai, Tuhan! Berikanlah ganti rugi bagi dermawan yang menyedekahkan hartanya. Dan yang satu lagi berkata: Wahai, Tuhan! Musnahkanlah harta si bakhil. Nabi Muhammad SAW” (HR Muttafaq Alaih dari Abu Hurairah RA)




“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.” 
(HR. Al Baihaqi, di shahihkan Al Albani dalam  Shahihul Jami’ , 1744)

Dari hadits ini demikian dapat diambil kesimpulan bahwa pelit dan bakhil adalah akhlak yang buruk dan bukanlah akhlak seorang mukmin sejati. Begitu juga, sifat suka meminta-minta, bukanlah ciri seorang mukmin. Bahkan sebaliknya seorang mukmin itu banyak memberi. Sebagaimana sabda Rasulullah  shallallahu ‘alaihi wa sallam :

‏اليد العليا خير من اليد السفلى واليد العليا هي المنفقة واليد السفلى هي السائلة

“Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang dibawah adalah orang yang meminta.” 
(HR. Bukhari no.1429, Muslim no.1033)








Cara Sedekah Subuh?

1. Ikhlas

Sentiasa ikhlaskan hati dalam menderma. Biarpun jumlah yang diderma sedikit, tetapi biar menderma tu betul betul dari hati


2. Sediakan Tabung

Sediakan satu tabung, kalau boleh letak berdekatan dengan tempat solat anda. Apabila sudah selesai solat subuh, masukkan sedekah dengan doa yang spesifik dalam mood dan perasaan yang gembira. Selesai masukkan duit dalam tabung itu, zahirkan rasa syukur kepada Allah S.W.T


3. Derma & Sedekah

Kumpulkan setiap derma atau sedekan kita itu sehingga cukup satu tempoh contohnya sebulan. Kemudian dermakan kesemua sedekah itu kepada mana-mana platform NGO yang membantu orang susah & yang memerlukan.


4. Niat Sedekah Tadi Pahala Untuk Ibu Ayah / Keluarga Tersayang

Anda boleh sumbangkan tabungan anda dan niat sumbangan anda tadi kepada kami melalui kempen-kempen yang bersesuaian contohnya anda berniat untuk membantu Anak Yatim, Fakir Miskin, Ibu Tunggal, Muallaf dan lain-lain.




Keutamaan Bersedekah

Orang yang bersedekah merasakan dada yang lapang dan hati yang bahagia.

مثل البخيل والمنفق ، كمثل رجلين ، عليهما جبتان من حديد ، من ثديهما إلى تراقيهما ، فأما المنفق : فلا ينفق إلا سبغت ، أو وفرت على جلده ، حتى تخفي بنانه ، وتعفو أثره . وأما البخيل : فلا يريد أن ينفق شيئا إلا لزقت كل حلقة مكانها ، فهو يوسعها ولا تتسع

“Perumpamaan orang yang kedekut dengan orang yang bersedekah seperti dua orang yang memiliki baju besi, yang bila dipakai menutupi dada hingga selangkangannya. Orang yang bersedekah, dikarenakan sedekahnya ia merasa bajunya lapang dan longgar di kulitnya. Sampai-sampai ujung jarinya tidak terlihat dan baju besinya tidak meninggalkan bekas pada kulitnya. Sedangkan orang yang kedekut, dikarenakan pelitnya ia merasakan setiap lingkar baju besinya merekat erat di kulitnya. Ia berusaha melonggarkannya namun tidak bisa.”  (HR. Bukhari no. 1443)




================================

KE MANAKAH SEDEKAH SUBUH ANDA AKAN DISALURKAN?


Sedekah Jumaat anda akan disalurkan untuk membantu saudara kita yang memerlukan



1. Projek Kelas Ngaji Percuma Humanity

2. Projek Infaq Cahaya Pedalaman Sabah & Sarawak

3. Bantuan Kecemasan & Perubatan Bencana

4. Penajaan Anak Yatim, Pelarian, gelandangan dan undocumented people

5. Penajaan Keluarga Miskin, Ibu Tunggal & Muallaf

6. Bantuan Bakul Makanan Humanity

7. Projek Pusat B-Humanity Rakyat


                                        




“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”

(Hadis riwayat Muslim)

   


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
SEDEKAH SUBUH INSANI (RM 50)
SEDEKAH SUBUH JAYYID (RM 100)
SEDEKAH SUBUH JAYYID JIDDAN (RM 200)
SEDEKAH SUBUH MUMTAZ (RM 500)
Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN

Perlukan Bantuan?