Ibadah Qurban Humanity 2023 | 1444 H



ZAHIRKAN KESYUKURAN KITA MELALUI BERKONGSI REZEKI QURBAN

“Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya."


(Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)




Aidiladha Dirai, Nikmat Dikongsi


Borderless Humanity @ Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan secara kemanusiaanya sentiasa berusaha untuk menyantuni lebih ramai komuniti memerlukan menerusi projek kemanusiaan dan kebajikan yang dijalankan.

Bagi tahun 2023 ini, kempen Qurban Humanity anjuran Borderless Humanity dengan kerjasama rakan kolaborasi NGO mensasarkan kutipan  sebanyak RM 200,000 bagi menyantuni penerima manfaat di Nepal, Myanmar, Bangladesh, Thailand, Laos, (Gaza) Palestin dan (Sulawesi) Indonesia menerusi penyertaan anda semua untuk setiap bahagian Qurban.

Kempen Qurban Humanity akan berlangsung pada 12 Mei 2023 (21 Syawal 1444 H) sehingga 29 Mei 2023 (10 Zulhijjah 1444 H).

Dengan menyertai kempen Qurban Humanity menerusi Borderless Humanity, anda bukan sahaja dapat melaksanakan ibadah sunat muakkad, malah dapat membantu golongan memerlukan menerusi agihan sumbangan daging korban kerana inilah satu-satunya peluang untuk mereka menikmati juadah daging sekali dalam setahun.


Sokongan anda dapat memberi harapan buat keluarga memerlukan di Aidiladha ini.







APAKAH PENGERTIAN IBADAH KORBAN?


Ibadah Qurban ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yang akan dilakukan pada hari raya Aidil Adha iaitu bersamaan 10 Zulhijjah (selepas selesai solat hari raya) dan pada hari-hari Tasyrik bersamaan 11, 12 ,13 Zulhijjah.


Hukum ibadah korban ke atas umat Islam adalah SUNAT MUAKKAD iaitu sunat yang sangat dituntut bagi orang yang baligh, berakal, merdeka serta berkemampuan  untuk melaksanakannya. Maksud berkemampuan ialah orang yang mampu berkorban setelah ada lebihan dari keperluannya untuk dikeluarkan bagi tujuan korban pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari tasyrik.


Menurut jumhur ulamak, sunat melakukan korban bagi orang yang mampu dan adalah makruh hukumnya jika orang yang mampu itu tidak melakukan ibadah korban sedangkan ia berkemampuan untuk melakukannya. Sabda Rasulullah SAW:


عن أبى هريرة رضى الله عنه، أن رسول الله عليه وسلم قال: من كان له سعة ولم يضح، فلايقربن مصلانا {رواه إبن ماجه}


Daripada Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang mempunyai kelapangan (mampu) untuk berkorban tetapi dia tidak berkorban, maka janganlah dia datang mendekati tempat kami bersembahyang ini.




APAKAH FADHILAT MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN?


• Penebus dosa kecuali dosa besar.


• Mendapat hasanah (kebajikan) bagi setiap bulu binatang korban.


• Mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah Ta‘ala.


• Membentuk peribadi ikhlas, sabar, qana‘ah (bersyukur), belas kasihan dan tolong menolong. 





PROGRAM QURBAN YANG TELAH DILAKSANAKAN PADA TAHUN SEBELUMNYA






QURBAN UNTUK ETNIK ROHINGYA


QURBAN DI ARAKAN, MYANMAR



QURBAN DI GAZA, PALESTIN



QURBAN & AKIKAH DI INDONESIA













KENAPA B-HUMANITY MEMILIH NEGARA DIATAS UNTUK BERKORBAN?

1. NEPAL - terletak diwilayah benua Asia Selatan berdekatan dengan pergunungan Himalaya, banjaran yang tertinggi didunia. Penduduk Muslim hanyalah sekitar 4% daripada keseluruhan 27 juta rakyat yang majoritinya beragama Hindu. Rata-rata penduduk Muslim hidup dibawah paras kemiskinan serta kekurangan makanan dan keperluan asas. Pengurusan masjid dan madrasah juga adalah tanggungan komuniti Muslim tanpa bantuan kerajaan Nepal.

B-Humanity akan bekerjasama dengan Madrasah Jamiyah Ziaulolum yang terletak di Biratnagar, antara Madrasah yang tertua di Nepal untuk melaksanakan Ibadah Qurban dan Aqiqah di 8 buah perkampungan Muslim disana. Setiap buah kampung mempunyai kira-kira 300 keluarga Muslim dimana ibadah Qurban/Aqiqah yang dilaksanakan akan memberi manfaat kepada lebih 2,400 buah keluarga di sana.









2. ARAKAN, MYANMAR - pelaksanaan Qurban yang akan dilaksanakan untuk komuniti Muslim Pelarian khususnya Rohingya dan beberapa lagi etnik minoriti muslim yang turut sama menjadi pelarian ketika rumah dan kampung mereka dibakar serta dihalau keluar kampung pada isu pengusiran Rakyat Arakan pada satu ketika dahulu. Ibadah korban bukan sahaja akan disampaikan kepada etnik rohingya yang berada di kem pelarian di bangladesh, malah akan disampaikan di IDP kem di Arakan iaitu beberapa perkampungan di dalam Myanmar yang masih lagi bergolak dan dipantau oleh kerajaan Tentera Myanmar.









3. NONG KHAI THAILAND DAN LAOS - di 3 negara ini Tim B-Humanity akan menyampaikan bantuan kepada komuniti Muallaf yang telah masuk Islam dan setiap negara lokasi tersebut kita mempunyai hampir 300 keluarga muallaf yang ingin kita santuni bagi proses dakwah dan mendekatkan lagi mereka kepada Islam. Selain itu juga kita ingin terus mereka mendalami Islam dan memahami bahawa Ibadah Qurban ini adalah satu sunat Muakkad apabila sudah mempelajari Islam nanti dengan baik.







4. PALESTIN (GAZA) - dengan kekejaman yang terus menerus daripada Z10nis 1s4aeL terhadap rakyat Palestin khususnya kepada Wanita, Anak Kecil dan warga emas menyebabkan hampir setiap tahun akan ada beberapa siri peperangan yang meletus. Dengan tekanan duduk dibawah rejim zionis, rakyat Gaza hampir 85% tiada sumber pekerjaan tetap yang membolehkan mereka mempunyai pendapatan bulanan. Masih ramai lagi rakyat Palestin yang hanya tinggal dibawah celahan banggunan yang runtuh malah masih ramai yang tidak memiliki makanan yang mana makanan mereka hanya cukup untuk kais pagi makan pagi sahaja.

Kali ini B-Humanity akan menghantar bantuan Qurban sekali lagi pada tahun 2023 kepada rakyat Gaza disana. Kenapa Mahal sangat? RM 2,100 sebahagian? Begini tuan-tuan, berat bersih seekor lembu di Palestin khususnya diGaza adalah sebanyak 500 kg - 700 kg SEEKOR lembu walaupun dengan harga RM 14,700 seekor. Sangat berbaloi dan boleh memberi manfaat hampir 1000 keluarga untuk 1 ekor lembu. Masha Allah, tidak sangka aturan Allah tu dah cantik sangat. 









JOM TAJA SEKARANG IBADAH QURBAN HUMANITY 2023

Kriteria pemilihan bagi penerima sumbangan daging korban antaranya ibu tunggal, anak yatim, warga emas, fakir miskin, asnaf, Orang Kelainan Upaya (OKU), pelarian, keluarga yang terjejas bencana dan keluarga yang mempunyai jumlah isi rumah yang ramai.

Setiap keluarga akan menerima kira-kira antara 2 kilogram hingga 4 kilogram daging korban yang dijangka mampu bertahan untuk tempoh satu minggu.

Bagi pemilihan jenis haiwan ternakan untuk disembelih pula berbeza mengikut negara antaranya lembu, kerbau, kambing, dan kambing biri-biri.


TAK MAMPU NAK BUAT QURBAN TAHUN NI? TAK MENGAPA, ANDA BOLEH BERSEDEKAH QURBAN / INFAQ DAGING MELALUI KEMPEN INFAQ ADHA B-HUMANITY.





Apa tunggu lagi. Rebut peluang ini untuk menyertai kempen ibadah Qurban Humanity untuk mereka yang memerlukan. Berilah mereka peluang untuk menikmati hidangan daging korban setahun sekali sahaja. Semoga dengan korban tuan/puan ini,  dapat memberi manfaat kepada saudara kita di sana. InshaAllah.


Kepada mereka yang ingin DAFTAR QURBAN secara terus ke akaun Rasmi B-Humanity:

Nombor akaun pertubuhan:

Cimb Bank

8605444648

Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan

(Reff: Qurban Humanity)

*SILA KONGSIKAN RESIT BAYARAN KE NOMBOR +6011 2700 5165 BESERTA MAKLUMAT LENGKAP ANDA UNTUK PELAKSANAAN IBADAH QURBAN*


#bhumanity 

#QurbanHumanity

#borderlesshumanity




PERINCIAN AKAD

Perincian Dalam Lafaz Akad Bai' As-Salam

Saya bersetuju untuk membeli, adalah bermaksud :

1. Menyerahkan wang bayaran (RM) untuk mendapatkan pakej korban.

2. Menempah haiwan untuk tujuan korban mengikut spesifikasi dan jumlah yang dipersetujui.

3. Menyerahkan urusan pemilihan tempat pelaksanaan kepada pihak B-Humanity kecuali untuk pakej tertentu sahaja.

4. Menyerahkan urusan penetapan tarikh pelaksanaan kepada pihak B-Humanity, kecuali untuk pakej tertentu sahaja.

5. Mewakilkan pihak urusetia B-Humanity untuk menyembelih, melapah dan mengagihkan kepada penerima.

6. Sekiranya pihak urusetia B-Humanity tidak dapat melaksanakan perkhidmatan dengan baik seperti yang dipersetujui, maka segala kos berkaitan akan ditanggung oleh pihak B-Humanity.

7. Sekiranya saya ingin membatalkan urusan jual beli setelah penyerahan pelaksanaan dibuat, maka segala kos berkaitan akan ditanggung oleh pihak saya sendiri.







Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Qurban Nepal (1 bahagian Kerbau) RM 340
Qurban Nepal (1 Ekor Kerbau) RM 2380
Qurban Myanmar (1 Ekor Kambing) RM 350
Qurban Thailand & Laos (1 Bahagian Lembu) RM 645
Qurban Thailand & Laos (I ekor Lembu) RM 4515
Qurban Palestin (1 Bahagian Lembu) RM 2100
Qurban Palestin (1 ekor Lembu) RM 14700
Infaq Daging (Sedekah Korban) RM 50
SEDEKAH QURBAN (RM 10)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN

Perlukan Bantuan?