
INFAQ AIR BERSIH DEMI KEHIDUPAN UMMAH
PROJEK PEMBINAAN TELAGA AIR DAN SISTEM SALIRAN BERSISTEMATIK
B-Humanity dengan Kerjasama Pertubuhan Ihsan Madani (Malaysia) serta Himpunan Masyarakat Sipil Untuk Kedamaian (Selatan Thailand) sedang menggerakkan satu Projek Infaq dan Waqaf Air. Air merupakan sumber utama kehidupan bagi apa sahaja hidupan di muka bumi ini. Semasa tinjauan dan jelajah Tim B-Humanity ke lapangan, kami mendapati banyak Masjid/Surau/Pondok Tahfiz/ Madrasah mengalami masalah air yang sangat teruk.
B-Humanity bersama rakan NGO berhasrat untuk meneruskan projek air yang telah siap kami laksanakan sebelum ini, untuk dibawa kedepan bagi dilaksanakan di
Masjid/Surau/Pondok Tahfiz/ Madrasah yang lain.

Projek Infaq Air yang telah berjaya dilaksanakan sebelum ini di Pusat Pengajian Ulum Arabiah, Kuala Ketil, Kedah
MASALAH APA YANG DIHADAPI MEREKA?

Gambar dari atas keseluruhan Kelas Pengajian, Asrama Pelajar, Telaga Air dan Rumah Mudir
Pondok Darussaadah Jembaliyah, Kg Cemar terletak di Wilayah Patani, Selatan Thailand. Kawasan pondok ini difahamkan setiap tahun ketika musim tengkujuh akan dilanda banjir besar sehingga pondok asrama tenggelam sepenuhnya, tempat pengajian dan surau tenggelam separuh. Apa yang menyedihkan lagi, telaga air mereka turut ditenggelami air sehingga tidak kelihatan lagi dan terputuslah bekalan air telaga mereka.


Beginilah cara mereka menyimpan air yang mana sebelum mereka tinggal diasrama, mereka akan mengisi puluhan botol air bersih untuk simpanan mereka ketika menetap dipondok tersebut.

Air yang mereka simpan juga menjadi sumber utama mereka minum dan memasak bagi aktiviti seharian mereka. Adakalanya jika terpaksa, mereka akan gunakan air kolah yang ditadah daripada sumber air telaga tersebut untuk kegunaan memasak dan lain-lainnya.

Melihat kepada kualiti air, air telaga mereka tidak bertapis dan mempunyai lapisan minyak yang mana bila mereka gunakan untuk membasuh baju, pakaian mereka akan bertukar menjadi kekuningan.

Telaga air mereka tidak sedalam yang disangka kerana pada awalnya mereka hanya dapat menggali telaga air berkenaan tidak jauh kedalam atas faktor kekurangan dana bagi menyewa kelengkapan jentera dan peralatan menggali yang lebih dalam.
KENAPA KITA INGIN BANTU PONDOK TAHFIZ INI?
U

Pondok tahfiz ini sangat dhaif yang mana rata-rata pelajar pondok disini terdiri daripada keluarga asnaf dan fakir misk
in. Ada juga dikalangan mereka yang berstatus yatim / yatim piatu. Selain itu, Mudir Pondok juga tidak mengenakan sebarang caj / yuran pengajian kepada pelajar yang ingin belajar disana.

Pelajaran yang ditekankan disini adalah pengajian kitab kuning yang mana ia pengajian utama disamping mereka diberi pendedahan tentang pendidikan berteraskan sistem pendidikan kerajaan seperti bahasa kebangsaan, bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan lain-lain.

Anak-anak pengajian disini juga diwajibkan untuk menunaikan setiap solat 5 waktu di surau pengajian bagi mendisiplinkan mereka dan patuh pada perintah Allah.
USAHA MENGGERAKKAN PROJEK WATER 4 JANNAH @ SISTEM AIR BERSIH
Pondok Darussaadah sangat memerlukan projek penambahbaikan sistem bekalan air bersih diatas kekangan dana dan sebab-sebab yang dinyatakan diatas.
Oleh itu, B-Humanity telah bertemu dengan Mudir Madrasah berkenaan mengambil inisiatif dengan menggali telaga baru yang lebih dalam untuk mendapatkan sumber air tambahan daripada sumur yang aktif dan mengeluarkan banyak air. Selain perlunya penapis air dan tangki simpanan yang besar untuk memberi manfaat bukan sahaja penggunaan Jemaah Masjid dan Pusat Tahfiz, malah ia juga dapat memberi manfaat kepada komuniti kampung yang terkesan disana.

SISTEM TELAGA AIR BERSIH YANG LEBIH BERSISTEMATIK BERPANDUKAN PROJEK LEPAS

Sistem yang lengkap dengan moto pam, DB eletrik, Penapis Air serta saliran paip terus ke tandas, pusat pengajian dan perumahan asrama.

Kemudahan tangki septik bagi pembuangan sisa kotoran dan najis serta tangki simpanan air bertingkat.

KOS PROJEK DIPERLUKAN
ANGGARAN KESELURUHAN
= RM 100,000

Kami mengalu-alukan tuan/puan yang berbesar hati untuk berinfaq bersama-sama dalam pembinaan projek Telaga air ini, semoga ia menjadi saham akhirat kita kelak.
Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.
(Surah Al-Baqarah : 261)
Penafian: Sekiranya jumlah kutipan sumbangan telahpun mencapai sasaran bagi PROJEK AIR BERSIH INI, lebihan dana tersebut akan digunakan untuk PROJEK YANG LAIN yang lain ATAU sumbangan projek umum.
Semoga semua penyumbang dana dan doa yang sama-sama menjayakan projek ini diberikan ganjaran yang berpanjangan seperti air yang mengalir.
'Ya Allah, kurniakanlah kesihatan buat mereka, para penyumbang, penderma, yang mewaqafkan sebahagian harta dunia mereka untuk agama-Mu dan manfaat orang ramai. Dengan kesihatan yang baik, lebih banyak manfaat mereka boleh kongsikan buat orang lain lagi'.
Kepada mereka yang ingin MENYUMBANG secara terus ke akaun Rasmi B-Humanity:
Nombor akaun pertubuhan:
Cimb Bank
8605444648
Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan
(Reff: INFAQ AIR BERSIH)
*SILA KONGSIKAN RESIT BAYARAN KE NOMBOR +6011 2700 5165 BESERTA MAKLUMAT LENGKAP ANDA UNTUK RESIT SUMBANGAN*