
#kongsikebaikanramadan
GANDAKAN PAHALA BERKONGSI BERSAMA YANG MEMERLUKAN
Jom Taja Ramadan Tahun Ini Dengan Berkongsi Kegembiraan
Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikitpun."
(Riwayat At-Tirmizi)
Kempen Ramadan 1445H kembali lagi dengan slogan #KongsiKebaikanRamadan (KKR) ini menyasarkan kutipan dana RM 500,000 bagi pelaksanaan agihan kotak kebaikan / kotak makanan dan tajaan berbuka puasa / sahur sepanjang bulan Ramadan di beberapa buah negara termasuk Malaysia khususnya dipedalaman Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Objektif utama Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan @ B-Humanity adalah menyasarkan bantuan disampaikan kepada golongan sasar seperti Asnaf, Dhuafa' dan golongan Mustad'afin. Tidak lupa juga kepada mangsa pelarian dan mangsa bencana yang diuji dibeberapa lokasi. Walaupun KKR baru masuk tahun kedua, akan tetapi matlamat asal menyampaikan bantuan dan meringankan beban mereka yang memerlukan menjadi tonggak utama dalam menggerakkan projek KKR ini.
Setiap bantuan Kotak Makanan yang akan diagihkan memiliki 9 asas barang pokok / utama bagi setiap masyarakat penerima dipelbagai negara yang meliputi beras, tepung, bijirin, pasta/mee, kekacang, minyak masak, gula, garam, biskut dan yang paling utama adalah kurma.
Rebut pahala dan ganjaran Ramadan yang berlipat kali ganda sekarang. Besar pahala kita jika menjamu dan memberi makan kepada orang lain yang sedang berpuasa.
UPDATE TERKINI PROGRAM RAMADAN 1445 H / 2024
Program Ramadan di Gaza, Palestin
Program Ramadan di Malaysia
Program Ramadan di Selatan Thailand, Utara Thailand & Laos
Program Ramadan di Kemboja, Uganda, Cameroon & Indonesia
Penafian: Sekiranya jumlah kutipan sumbangan telahpun mencapai sasaran bagi PROJEK RAMADAN INI, lebihan dana tersebut akan digunakan untuk PROJEK AIDILFITRI ATAU sumbangan projek umum.
Semoga semua penyumbang dana dan doa yang sama-sama menjayakan projek ini diberikan ganjaran yang berpanjangan seperti air yang mengalir. 'Ya Allah, kurniakanlah kesihatan buat mereka, para penyumbang, penderma, yang mewaqafkan sebahagian harta dunia mereka untuk agama-Mu dan manfaat orang ramai. Dengan kesihatan yang baik, lebih banyak manfaat mereka boleh kongsikan buat orang lain lagi'.
Kepada mereka yang ingin MENYUMBANG secara terus ke akaun Rasmi B-Humanity:
Nombor akaun pertubuhan:
Cimb Bank
8605444648
Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan
(Reff: KKR)