
RAMADAN SEMAKIN HAMPIR. ADAKAH KITA SEMUA SUDAH BERSEDIA?
Kedatangan bulan Ramadhan setiap tahunnya tak henti menjadi penghibur hati orang mukmin. Bagaimana tidak, beribu keutamaan ditawarkan di bulan ini. Pahala diobral, ampunan Allah bertebaran memenuhi setiap ruang dan waktu. Seorang yang menyadari kurangnya bekal yang dimiliki untuk menghadapi hari penghitungan kelak, tak ada rasa kecuali sumringah menyambut Ramadhan. Insan yang menyadari betapa dosa melumuri dirinya, tidak ada rasa kecuali bahagia akan kedatangan bulan Ramadhan.
Amalan ibadah merupakan suatu perkara baik yang sangat dituntut untuk dilakukan oleh semua umat manusia. Ini kerana melaksanakan amal ibadah yang diseru oleh Allah itu termasuk semua amalan yang baik dan menjangkau semua amal soleh.
Mukmin Sejati Itu Dermawan
Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah. Dan bulan Ramadhan, amalan ini menjadi lebih dianjurkan lagi. Dan demikianlah sepatutnya akhlak seorang mukmin, yaitu dermawan. Allah dan Rasul-Nya memerintahkan bahkan memberi contoh kepada umat Islam untuk menjadi orang yang dermawan serta pemurah. Ketahuilah bahwa kedermawanan adalah salah satu sifat Allah Ta’ala, sebagaimana hadith:
إن الله تعالى جواد يحب الجود ويحب معالي الأخلاق ويكره سفسافها
“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.”
(HR. Al Baihaqi, di shahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’, 1744)
Kedermawanan Rasulullah di Bulan Ramadhan
Rasulullah SAW, teladan terbaik bagi kita, beliau adalah orang yang paling dermawan, dan kedermawanan beliau lebih dahsyat lagi di bulan Ramadhan. Hal ini diceritakan oleh Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma:
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم أجود الناس ، وكان أجود ما يكون في رمضان حين يلقاه جبريل ، وكان يلقاه في كل ليلة من رمضان فيُدارسه القرآن ، فالرسول الله صلى الله عليه وسلم أجودُ بالخير من الريح المرسَلة
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus.” (HR. Bukhari, no.6)
Dari hadits di atas diketahui bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pada dasarnya adalah seorang yang sangat dermawan. Ini juga ditegaskan oleh Anas bin Malik radhiallahu’anhu:
كان النبي صلى الله عليه وسلم أشجع الناس وأجود الناس
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling berani dan paling dermawan.” (HR. Bukhari no.1033, Muslim no. 2307)
Namun bulan Ramadhan merupakan momen yang istimewa sehingga beliau lebih dermawan lagi. Bahkan dalam hadits, kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dikatakan melebihi angin yang berhembus. Diibaratkan demikian karena Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sangat ringan dan cepat dalam memberi, tanpa banyak berpikir, sebagaimana angin yang berhembus cepat. Dalam hadits juga angin diberi sifat ‘mursalah’ (berhembus), mengisyaratkan kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memiliki nilai manfaat yang besar, bukan asal memberi, serta terus-menerus sebagaimana angin yang baik dan bermanfaat adalah angin yang berhembus terus-menerus. (Penjelasan ini disampaikan oleh Ibnu Hajar Al Asqalani dalam Fathul Baari.)
Oleh kerana itu, kita yang mengaku meneladani beliau sudah selayaknya memiliki semangat yang sama. Iaitu semangat untuk bersedekah lebih sering, lebih banyak dan lebih bermanfaat di bulanRamadhan, melebihi bulan-bulan lainnya.
KEMPEN KONGSI KEBAIKAN RAMADAN HUMANITY BERSAMA ASNAF DI MALAYSIA, PALESTIN, SYRIA DAN NEGARA MINORITI MUSLIM ASEAN
Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan @ B-Humanity telah bekerjasama dengan pelbagai rakan NGO dalam dan luar negara untuk melestarikan program Ramadan pada setiap tahun. Pada tahun ini, B-Humanity sekali lagi melancarkan Projek Ramadan dengan kerjasama Pertubuhan Dakwah Backpackers Malaysia dan Pertubuhan Ihsan Madani disamping beberapa rakan NGO disetiap negara yang akan dilaksana. Ramadan ini, umat Islam di seluruh dunia kini boleh menyalurkan sumbangan mereka kepada B-Humanity, kami akan melaksanakan projek Ramadan ini untuk anda, serta kami akan sampaikan sumbangan Ramadan ini kepada mereka yang betul-betul layak dan golongan sasar yang menepati kriteria.
PROJEK KONGSI KEBAIKAN RAMADAN PADA TAHUN SEBELUMNYA
IFTAR BUAT PENDUDUK KHAN YOUNIS DI GAZA, PALESTIN
IFTAR UNTUK RAKYAT PALESTIN DI MASJID AL-AQSA
BAKUL SAYURAN UNTUK ASNAF
BAKUL RAMADAN HUMANITY
ANAK YATIM, IBU TUNGGAL, PELAJAR TAHFIZ DAN ASNAF
“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(Hadis riwayat Muslim)