BANTUAN MAKANAN ASNAF DHUAFA' - KONGSI KEBAIKAN

Berkongsi Rezeki, Pasti Ada Kebaikannya


Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan @ Borderless Humanity / B-Humanity adalah sebuah NGO berdaftar PPM-010-10-07012023 dibawah Registration of Society (ROS) Malaysia. Teras utama B-Humanity adalah Kebajikan, Dakwah dan Pendidikan dengan tagline Serve Humanity. B-Humanity sudah bergerak dilapangan masuk tahun yang kedua yang mana sebelum ini B-Humanity banyak berfokus kepada projek-projek kebajikan dan dakwah.


Selepas dunia mengalami kerugian, kemerosotan dan pelbagai ujian akibat pandemik covid 19 yang melanda, bacaan menunjukkan hampir kebanyakan masyarakat didunia kehilangan kerja atau sumber mata pencarian akibat dibuang kerja / terpaksa diberhentikan & faktor kesihatan semakin terjejas selepas pasca Covid 19.


Walaupun era pandemik telah lama berlalu akan tetapi kos sara hidup saban hari semakin meningkat mahal dan terlalu menekan rakyat khususnya yang berada dibawah garis B40 dan asnaf. Berapa banyak syarikat yang terpaksa gulung tikar dan berapa ramai sekarang yang terpaksa melakukan 2 atau 3 kerja dalam sehari. Ini menandakan 1 perkara negatif untuk sesebuah masyarakat majmuk yang sudah sarat dengan bebanan kewangan dan tekanan ekonomi.




Apakah Anda Tahu?

Kadar kemiskinan di Malaysia meningkat kepada 8.4 peratus pada tahun lepas berbanding 5.6 peratus yang direkodkan pada 2019. Peningkatan tersebut yang turut dialami oleh kebanyakkan negara lain di seluruh dunia itu sebahagian besarnya berpunca daripada keadaan ekonomi yang terjejas ekoran penularan Covid-19.


Program Makanan Sedunia (WFP) mendedahkan  bahawa 45 juta penduduk dunia berdepan kebuluran semakin tinggi. Mereka bertungkus-lumus dalam meneruskan kehidupan akibat kebuluran. – David Beasley (Ketua Pengarah WFP)


Tidak mahu sekadar berpeluk tubuh dengan situasi ini, B-Humanity sangat komited untuk membantu golongan yang memerlukan melalui kempen Kongsi Kebaikan. Melalui kempen ini bantuan makanan berbentuk bakul makanan  akan diagihkan kepada golongan asnaf dan dhuafa'sepanjang tahun.









Alhamdulillah, sepanjang tahun 2023 sebanyak 5,000 Bakul Kongsi Kebaikan telah berjaya diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Lihatlah wajah-wajah gembira penerima Bakul Kongsi Kebaikan. Inilah hasil sumbangan para penyumbang yang budiman dan dermawan.


Walaupun kita sumbang sorang sedikit, tapi banyak perut yang dapat diisi. InsyaAllah, semua dapat pahala yang banyak bahkan berganda-ganda kerana meringankan beban orang yang sedang dalam kesusahan.


Bayangkan, dalam ribuan orang yang terima Bakul Kongsi Kebaikan ini, berapa ramai yang mendoakan kebaikan buat para penyumbang. MasyaAllah, hebatnya.


InsyaAllah, pada tahun ini kita akan fokus meneruskan usaha ini dengan memberi fokus kepada golongan-golongan berikut:

PAKEJ SUMBANGAN KONGSI KEBAIKAN

KONGSI KEBAIKAN DERMAWANRM 100010 KELUARGA
KONGSI KEBAIKAN JUTAWANRM 7007 KELUARGA
KONGSI KEBAIKAN HARTAWANRM 5005 KELUARGA
KONGSI KEBAIKAN RELAWANRM 1001 KELUARGA
KONGSI KEBAIKAN BERSAMARM 201/5 SET KONGSI KEBAIKAN





Penafian: Sekiranya jumlah kutipan sumbangan telahpun mencapai sasaran bagi PROJEK KONGSI KEBAIKAN INI, lebihan dana tersebut akan digunakan untuk PROJEK YANG LAIN ATAU sumbangan projek umum.


Semoga semua penyumbang dana dan doa yang sama-sama menjayakan projek ini diberikan ganjaran yang berpanjangan seperti air yang mengalir.  'Ya Allah, kurniakanlah kesihatan buat mereka, para penyumbang, penderma, yang mewaqafkan sebahagian harta dunia mereka untuk agama-Mu dan manfaat orang ramai. Dengan kesihatan yang baik, lebih banyak manfaat mereka boleh kongsikan buat orang lain lagi'.




Kepada mereka yang ingin MENYUMBANG secara terus ke akaun Rasmi B-Humanity:

Nombor akaun pertubuhan:

Cimb Bank

8605444648

Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan

(Reff: kongsikebaikan)















Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
KONGSI KEBAIKAN DERMAWAN (RM 1,000)
KONGSI KEBAIKAN JUTAWAN (RM 700)
KONGSI KEBAIKAN HARTAWAN (RM 500)
KONGSI KEBAIKAN RELAWAN (RM 100)
KONGSI KEBAIKAN BERSAMA - 1/5 (SET KELUARGA) (RM 20)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN

Perlukan Bantuan?