
Pusat Pengajian Ulum Arabiyah ini memerlukan dana bantuan untuk mereka merealisasikan Projek Telaga Air mereka dapat dimanfaatkan oleh seluruh komuniti yang berada di sekitar Pusat pengajian berkenaan
PROJEK PEMBINAAN SISTEM SALIRAN TELAGA AIR ULUM ARABIAH
Pusat Pengajian Ulum Arabiah dan Pondok Warga Emas terletak di Kg Sungai Darak, Kuala Ketil, Kedah. Pusat pengajian ini merupakan sebuah institusi pendidikan Islam yang berteraskan pembelajaran tahfiz menggunakan kitab-kitab turath (kitab kuning). Selain itu, pihak Pusat Pengajian Ulum Arabiah juga memberikan khidmat menjaga anak-anak yatim serta warga emas secara percuma.
Kini pihak Ulum Arabiah sedang dalam proses menyiapkan beberapa lagi rumah untuk warga emas dan anak yatim berlindung disitu disamping memberikan peluang kepada guru-guru berbakti kepada Ulum Arabiah.

Gambar Aerial Drone Pusat Pengajian Ulum Arabiah
MAJLIS TANDATANGAN PERJANJIAN MOU DAN PECAH TANAH BERSAMA ULUM ARABIAH DAN IHSAN MADANI



1
FASA PEMBINAAN PROJEK SISTEM TELAGA AIR
FASA 1 - MATERIAL DELIVERY




FASA 2 - PROSES PEMBINAAN TAPAK TANGKI AIR




FASA 3 - PEMBINAAN SALIRAN DAN TANGKI SEPTIK / TANGKI SISA PEMBUANGAN NAJIS



FASA 4 - WORK COMPLETION (FASA PENGUJIAN DAN KETAHANAN PROJEK)









KENAPA MEREKA MEMERLUKAN PROJEK TELAGA AIR INI?
Pihak ulum Arabiah kini memerlukan bantuan awam untuk melestarikan projek telaga air mereka yang mana antara permasalahan utama yang sering mereka hadapi adalah sering terputus bekalan air serta tekanan air yang sangat rendah menyebabkan mereka kekurangan sumber air bersih.
Oleh itu, Mudir Pusat Pengajian berkenaan mengambil inisiatif dengan menggali tanah untuk mendapatkan sumber air tambahan daripada sumur yang aktif dan mengeluarkan banyak air. Rentetan daripada beberapa masalah yang dihadapi, Mudir membuat keputusan mereka memerlukan sumber air tambahan iaitu daripada telaga untuk disalurkan terus kerumah-rumah dan seluruh kompleks pusat pengajian berkenaan.

MEREKA SEMUA MENERIMA MANFAAT DARIPADA INFAQ YANG KITA ALIRKAN KEPADA MEREKA

Kami mengalu-alukan tuan/puan yang berbesar hati untuk berinfaq bersama-sama dalam pembinaan projek Telaga air ini, semoga ia menjadi saham akhirat kita kelak.
Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.
(Surah Al-Baqarah : 261)
ALHAM
DULILLAH DENGAN BERKAT ANDA SEMUA, PROJEK INI TELAH SELESAI DENGAN JAYANYA.
Semoga semua penyumbang dana dan doa yang sama-sama menjayakan projek ini diberikan ganjaran yang berpanjangan seperti air yang mengalir.
'Ya Allah, kurniakanlah kesihatan buat mereka, para penyumbang, penderma, yang mewaqafkan sebahagian harta dunia mereka untuk agama-Mu dan manfaat orang ramai. Dengan kesihatan yang baik, lebih banyak manfaat mereka boleh kongsikan buat orang lain lagi'.