
SETAHUN YANG LALU 2023
#UPDATE SEMASA 2024
MASJID INI PERLU BAIK PULIH DAN PEMBINAAN SAMBUNGAN SEGERA
Masjid Ibadussalam terletak di Timur Utara Nong Khai, Thailand. Masjid ini telah digerakkan projeknya sejak tahun 2016 dan siap separa di tingkat bawah pada tahun akhir 2018. Masjid ini telah dibangunkan oleh Yayasan As-Salam wilayah Khon Khaen yang digerakkan oleh seorang Mudir bernama Ustaz Osman yang berhijrah dari selatan Fathoni untuk menyebarkan dakwah di utara dan timur Thailand. Kerana kekurangan dana, Masjid ini terhenti seketika proses pembangunannya akan tetapi program dakwah dan pengimarahan masjid tersebut tetap berjalan seperti biasa.
Nong Khai merupakan salah satu negeri di Timur Utara Thailand yang letaknya 900 km daripada bandar Bangkok. Nong Khai juga terletak bersebelahan dengan Negara Laos yang mana jaraknya sekitar 20 km sahaja daripada sempadan negara antara Thailand dan Laos.
Pemandangan Bumi Nong Khai Bersebelahan dengan Vientiane, Laos
Pekan Nong Khai, Thailand
Masjid Ibadussalam ini menjadi wadah dan pembangunan Islam khususnya buat warga Muallaf yang berada di sekitar Nong Khai, jiran bersebelahan wilayah Udon Thani dan Khon Kaen. Semarak penyebaran syiar Islam di Bumi Timur Utara Thailand ini semakin berkembang pesat. Setiap tahun ada peningkatan keluarga dan individu yang memeluk Islam dan menariknya semakin banyak komuniti Not Yet Muslim yang bertanya-tanya dan datang ke Masjid Ibadussalam ini untuk mengenal Islam. Selain tempat ibadah, Masjid Ibadussalam juga terkenal dengan jolokan Pusat Dakwah Islam Nong Khai yang memberi ruang kepada bukan Islam mengenal Islam.
Ketika kunjungan Tim BHumanity ke sana tempoh hari dalam rangka melaksanakan program Ibadah Qurban, ada beberapa individu dan Keluarga yang memeluk agama Islam. Subhanallah, satu kenangan manis yang tidak dapat kami lupakan apabila dapat menyantuni mereka dan memperkenalkan Islam dengan cara Dakwah Bil Hal.
Majlis Pengislaman seorang Pak Cik tua yang hadir ketika majlis Ibadah Qurban kami
Saudara Muhammad adalah Muallaf dari Wilayah Khon Khaen sedang melaungkan azan
Kamu tidak akan dapat mencapai darjat kebajikan sehingga kamu membelanja sebahagian dari harta yang kamu kasihi.
(Surah Al ‘Imran, ayat 92)
APA MASALAH YANG TERJADI KEPADA MASJID IBADUSSALAM?
Tingkat Atas Masjid yang terbengkalai dan memerlukan dana pembinaan seterusnya
Pelan Pembinaan Masjid Ibadussalam setinggi 2 tingkat
Lakaran dalaman Masjid Ibadussalam
Gambar Atas menunjukkan banyak lagi struktur tingkat atas yang memerlukan baik pulih dan penerusan projek
KEROSAKAN YANG BERLAKU SETELAH PENANGGUHAN PROJEK YANG LAMA
Atap dan syiling tingkat bawah bocor kerana sering dimasuki air ketika hujan kerana tingkat atas tidak mempunyai atap yang lengkap.
Marmar / Tile yang terbuka. ada yang merekah dan retak akibat air hujan melimpah masuk ketingkat bawah. Ditambah pula faktor hujan yang sering membasahi bumi utara nong khai.
SIAPA YANG AKAN MENDAPAT MANFAAT DENGAN ADANYA MASJID IBADUSSALAM INI?
Sejak adanya Yayasan Kebajikan Assalam yang menubuhkan masjid Ibadussalam ini, perkembangan Islam khususnya buat masyarakat lokal di sekitar Nong Khai, Thailand sangat berkembang baik. Setiap bulan ada penambahan Muallaf yang mengikuti Islam dan ada juga komuniti Not Yet Muslim yang sering bertanyakan khabar dan ingin tahu tentang Islam dengan lebih dalam.
Selain aktiviti pengislaman dan pengenalan tentang Islam kepada komuniti bukan Islam, Yayasan Kebajikan Assalam juga giat menggerakkan aktiviti bersama komuniti melalui program-program masjid antaranya kelas-kelas pengajian bersama Warga Emas dan Kaum Wanita. Ada juga program-program melibatkan kem motivasi untuk anak-anak dan cerdik solat.
JOM BANTU RINGANKAN PIHAK YAYASAN AS-SALAM MENERUSKAN PEMBINAAN MASJID UNTUK TINGKAT 2
Sesiapa yang membina Masjid yang dengannnya dia menginginkan redha Allah, maka Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga.
(HR al-Bukhari dan Muslim)
Bagi fasa baik pulih dan penerusan projek ini, Masjid Ibadussalam memerlukan dana sebanyak RM 20,000 secara keseluruhan yang melibatkan:
1. Atap Bumbung
2. Pemasangan Syiling
3. Kayu tambahan
4. Batu-bata
5. Simen dan bancuhan
6. Upah pekerja
7. Kos pembelian barang mentah
8. Lain-lain kos
KAMI MEMBUKA RUANG INFAQ /WAKAF 1 LOT SERENDAH RM 50
(1,600 PENGINFAQ / PEWAKAF DIPERLUKAN)
PROJEK B-HUMANITY YANG SUDAH BERJAYA DISIAPKAN
Dikesempatan ini, pihak BH ingin mengajak muslim dan muslimat sekalian untuk bersama-sama menghulurkan tangan bersama-sama menjayakan projek Infaq Pembinaan Masjid Ibadussalam. In Shaa Allah semoga Allah memberkati usaha murni kita ini.
Penafian: Sekiranya jumlah kutipan sumbangan telahpun mencapai sasaran bagi baik pulih dan pembinaan Masjid Ibadussalam, lebihan dana tersebut akan digunakan untuk baik pulih surau/masjid yang lain atau akan dibawa ke fasa projek seterusnya.
Kelebihan Membangunkan Rumah Allah SWT
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat beri faedah dan anak soleh yang mendoakannya.” (Hadis Riwayat Muslim)
Kepada mereka yang ingin MENYUMBANG secara terus ke akaun Rasmi B-Humanity:
Nombor akaun pertubuhan:
Cimb Bank: 8605444648
Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan
(Reff: MASJID IBADUSSALAM)
*SILA KONGSIKAN RESIT BAYARAN (BAGI YANG SUMBANG BUKAN MELALUI ONLINE) KE NOMBOR +6011 2700 5165 BESERTA MAKLUMAT LENGKAP ANDA UNTUK RESIT SUMBANGAN*
Klik sini untuk hantar Resit Bayaran