
Projek Infaq Pembangunan Ekonomi Insan merupakan satu usaha B-Humanity @ Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan mengumpul dana bagi membantu kaum ibu tunggal dan ibu asnaf miskin yang terkesan dengan ekonomi yang merudum. Projek ini dijalankan dengan kerjasama Persatuan Wanita Berdaya Maju Selatan Thailand yang mana projek ini memberi peluang untuk mereka belajar menjahit serta mengajar menjahit justeru dapat menjana pendapatan melalui kemahiran tersebut.
Ke mana dana yang anda infaqkan akan digunakan?
Projek ini akan membantu golongan Ibu Tunggal, Suri Rumah Yang tidak berkemampuan dan golongan wanita asnaf miskin yang ingin membantu diri mereka bagi menjana pendapatan keluarga melalui kemahiran menjahit samada mengambil tempahan bisnes mahupun mengajar mereka yang lain yang tidak mahir. Dana infaq anda akan dimanfaatkan sebaiknya untuk membeli mesin jahit utama, mesin jahit tepi, mesin sulaman dan alatan keperluan jahitan yang lain. Sasaran kami mahupun kaum ibu disana supaya sekurang-kurangnya 20 orang kaum ibu diperingkat awal dapat dibantu dengan sebaiknya. Oleh itu, sumbangan anda semua amatlah diperlukan bagi menjayakan projek ini.
Apa Kelainan Projek Pembangunan Ekonomi Insan ini berbanding projek kemahiran jahitan yang lain?
Ada beberapa hal kenapa projek ini memberi kelainan:
1) Hampir 85% dikalangan ibu-ibu ini mempunyai kemahiran menjahit yang sangat tinggi dan berkualiti.
2) Bagi mereka yang belum mahir, latihan secara intensif dan berterusan akan ditawarkan sehingga mereka mereka betul-betul menjadi usahawan dalam bidag jahitan ini.
3) Sebelum mereka beralih kepada dunia usahawan / enterprise, mereka yang belum mahir atau yang sudah mahir ini akan duduk bersama dalam kelompok bisneswoman yang sudah berjaya agar menjadi pendorong semangat dan motivasi tinggi.
4) Modul latihan kelas jahitan akan menerapkan Pakaian Patuh Syariah, secara tidak langsung mennjadi saham di akhirat kelak buat mereka yang menyokong usaha ini.
5) Sumbangan mikro iaitu pembelian mesin akan disumbangkan kepada setiap peserta yang sudah melepasi tahap pencapaian yang telah ditetapkan oleh penaja dan pihak pemantau daripada mereka yang mahir dalam bidang jahitan.
Kami berharap melalui projek ini, ianya bakal melahirkan generasi usahawan dan ikon asnaf bagi menginspirasikan golongan asnaf yang lain bagi berusaha lebih kuat untuk keluar dari kesusahan hidup.
Kelebihan Berinfaq dan Bersedekah
“Wahai Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling disukai Allah? Dan amalan apa yang paling disukai Allah?”
Nabi menjawab, “Orang yang paling disukai Allah ialah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain. Amalan yang paling disukai Allah ialah kegembiraan yang engkau hadirkan buat seorang muslim, atau engkau angkat kesusahan yang menimpanya, atau engkau langsaikan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya. Dengan aku berjalan bersama saudaraku untuk suatu urusannya lebih aku suka daripada dapat beriktikaf di masjid ini selama sebulan.”
(Hadis riwayat at-Thabrani)
Ingin Bersama kami mengetahui projek-projek terkini klik Telegram kami:
Kepada mereka yang ingin tahu projek-projek kami yang lain klik link:
Atau Ingin Terus meyumbang TERUS ke Nombor akaun pertubuhan:
Cimb Bank
8605444648
Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan @ Borderless Humanity
Semoga Allah merahmati dan menerima amalan kita semua.
#bhumanity
#KongsiKebaikanBersama
#borderlesshumanity