NIKMAT PAHALA MENGALIR DENGAN INFAQ AIR DI PONDOK IBADURRAHMAN

INFAQ AIR BERSIH DEMI KEHIDUPAN UMMAH




PROJEK PEMBINAAN SISTEM AIR BERSIH YANG BERSISTEMATIK



B-Humanity dengan Kerjasama Pertubuhan Ihsan Madani (Malaysia) serta Himpunan Masyarakat Sipil Untuk Kedamaian (Selatan Thailand) sedang menggerakkan satu Projek Infaq dan Waqaf Air. Air merupakan sumber utama kehidupan bagi apa sahaja hidupan di muka bumi ini. Semasa tinjauan dan jelajah Tim B-Humanity ke lapangan, kami mendapati banyak Masjid/Surau/Pondok Tahfiz/ Madrasah mengalami masalah air yang sangat teruk.
B-Humanity bersama rakan NGO berhasrat untuk meneruskan projek air yang telah siap kami laksanakan sebelum ini, untuk dibawa kedepan bagi dilaksanakan di Masjid/Surau/Pondok Tahfiz/ Madrasah yang lain.



MASALAH APA YANG DIHADAPI MEREKA?





Lokasi pondok sementara yang mana Pondok tersebut akan dipindahkan secara kekal ditanah sebelah pondok terbabit dan memerlukan satu sistem telaga air yang lebih sistematik dan bersih.



Banggunan pondok lama yang pada dahulunya dijadikan kelas pengajian utama. Akan dirobohkan dan dibina penempatan baru setelah adanya projek air bersih yang akan digerakkan nanti.



Sistem air masih lagi menggunakan air Masjid yang mana mendapat simpati Ihsan Jawatankuasa dan Jemaah Masjid berdekatan.


Adakalanya bekalan air akan terputus juga ketika musim kemarau tiba.



KENAPA KITA INGIN BANTU PONDOK IBADURRAHMAN?



Mereka mempunyai pelajar-pelajar tahfiz yang mana mereka inilah yang akan mendoakan kita semua para penyumbang bagi setiap sumbangan yang kita salurkan kepada anak-anak hafiz ini.


Air yang mereka gunakan adalah untuk minum, memasak, basuh pakaian, mandi dan kegunaan seharian.


 



USAHA MENGGERAKKAN PROJEK WATER 4 JANNAH @ SISTEM AIR BERSIH

Pondok Ibadurrahman Kg Braul sangat memerlukan projek penambahbaikan sistem bekalan air bersih diatas kekangan dana dan sebab-sebab yang dinyatakan diatas.
Oleh itu, B-Humanity telah bertemu dengan Mudir Madrasah berkenaan mengambil inisiatif dengan menggali telaga baru yang lebih dalam untuk mendapatkan sumber air tambahan daripada sumur yang aktif dan mengeluarkan banyak air. Selain perlunya penapis air dan tangki simpanan yang besar untuk memberi manfaat bukan sahaja penggunaan Jemaah Masjid dan Pusat Tahfiz, malah ia juga dapat memberi manfaat kepada komuniti kampung yang terkesan disana.








SISTEM TELAGA AIR BERSIH YANG LEBIH BERSISTEMATIK BERPANDUKAN PROJEK LEPAS

Sistem yang lengkap dengan moto pam, DB eletrik, Penapis Air serta saliran paip terus ke tandas, pusat pengajian dan perumahan asrama.


Kemudahan tangki septik bagi pembuangan sisa kotoran dan najis serta tangki simpanan air bertingkat.



KOS DIPERLUKAN BAGI MELAKSANAKAN PROJEK INI
RM 100,000.00 (Merangkumi Sistem Air di Masjid dan Kampung Sekitar)

Kami mengalu-alukan tuan/puan yang berbesar hati untuk berinfaq bersama-sama dalam pembinaan projek Telaga air ini, semoga ia menjadi saham akhirat kita kelak. Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.
(Surah Al-Baqarah : 261)




Penafian: Sekiranya jumlah kutipan sumbangan telahpun mencapai sasaran bagi PROJEK AIR BERSIH INI, lebihan dana tersebut akan digunakan untuk PROJEK YANG LAIN ATAU sumbangan projek umum.

Semoga semua penyumbang dana dan doa yang sama-sama menjayakan projek ini diberikan ganjaran yang berpanjangan seperti air yang mengalir. 'Ya Allah, kurniakanlah kesihatan buat mereka, para penyumbang, penderma, yang mewaqafkan sebahagian harta dunia mereka untuk agama-Mu dan manfaat orang ramai. Dengan kesihatan yang baik, lebih banyak manfaat mereka boleh kongsikan buat orang lain lagi'.


Kepada mereka yang ingin MENYUMBANG secara terus ke akaun Rasmi B-Humanity:


Nombor akaun pertubuhan:

Cimb Bank

8605444648

Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan

(Reff: INFAQ AIR BERSIH)


*SILA KONGSIKAN RESIT BAYARAN KE NOMBOR +6011 2700 5165 BESERTA MAKLUMAT LENGKAP ANDA UNTUK RESIT SUMBANGAN*







Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
WAKAF TELAGA AR-RUMAH RM 400
0.00
WAKAF TELAGA INSAN RM 200
0.00
WAKAF TELAGA NA'EM RM 100
0.00
WAKAF TELAGA KAUTHAR RM 50
0.00
WAKAF TELAGA RAHMAH RM 30
0.00
Seikhlas Hati
JUMLAH 0 0.00
JUMLAH KESELURUHAN (RM) 0.00
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM 0.00 ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel bh.humanity@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaPERTUBUHAN KEMANUSIAAN TANPA SEMPADAN @ BORDERLESS HUMANITY
No. Akaun8605444648
Buka CIMB Clicks  

PenamaPERTUBUHAN KEMANUSIAAN TANPA SEMPADAN @ BORDERLESS HUMANITY
No. Akaun8605444648
Pilih FailTukar Fail ×
Tekan butang di atas untuk pilih fail.
Pilih fail berformat JPG, PNG, GIF, PDF atau DOC sahaja.
Pastikan saiz fail tidak melebihi 20000 KB.

Iklan oleh OnPay
Perlukan Bantuan?