INFAQ KECEMASAN AIDILFITRI PALESTIN

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seumpama sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai serratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi maha mengetahui.

(Surah Al-Baqarah ayat 261)


CERIAKAN RAKYAT GAZA, PALESTIN DENGAN INFAQ ANDA. MEREKA TERSENYUM ANDA RASA SYUKUR DAN BAHAGIA.




Ramadan Bakal Meninggalkan Kita. Syawal bakal menjelma. Apakah kita masih dapat bertemu dengan Ramadan akan datang? Apakah kita pasti amalan sedekah Ramadan kita mencukupi dengan apa yang kita usahakan tahun ini? 

Mesti ramai diantara kita yang sedang sibuk mencari baju raya, kasut raya, kuih raya, sibuk menghias rumah dan menggantikan segala kelengkapan lama dengan barang baru. Maklumlah Raya Aidilfitri hanya setahun sekali. 

Di Gaza, Palestin... mereka masih sebegitu keadaannya setelah hampir 6 bulan berlalu peperangan Taufan Al-Quds. Kita tidak tahu bila masa Israel, USA, Britain dan sekutunya akan menghentikan 'GENOCIDE' pembunuhan beramai-ramai dalam sejarah yang berlaku di Gaza, Palestin ini.


 Mengikut statistik terakhir, sudah melebihi angka 33,000++ rakyat Palestin yang syahid dan ribuan lagi yang tidak tercatat kerana tertimbus dibawah runtuhan banggunan. Kanak-Kanak yang sudah syahid juga dianggarkan belasan ribu. Apakah Anak-Anak Gaza ini dikenal sebagai Pengganas! Apakah nasib mereka?

Semakin ramai anak-anak Gaza yang tidak berdosa menjadi yatim dalam sekelip mata serta terpaksa menggalas tugasan menjaga adik-adik yang lain akibat kesyahidan ibu bapa mereka.



Kematian berlaku selang beberapa minit. Apakah rakyat Palestin tiada nilai nyawanya??? Dimanakah hati nurani dunia untuk membantu rakyat Palestin?


Kini h
 ampir 2 juta rakyat Gaza menjadi pelarian dan berlindung didalam khemah yang tipis serta tiada kelengkapan yang sesuai seperti air bersih, eletrik, makan minum, pakaian dan sebagainya. Bagaimana mereka selama 6 BULAN ini bertahan???



JOM BANTU KAMI UNTUK BANTU RAKYAT GAZA

Borderless Humanity @ Kemanusiaan Tanpa Sempadan mengambil inisiatif dengan kerjasama NGO lokal Gaza mencuba sedaya upaya kami menyampaikan amanah anda semua kepada rakyat Gaza khususnya ketika menjelang Aidilfitri ini.


Nak Tahu tak apa yang kami dah sampaikan sepanjang Ramadan melalui sumbangan tuan puan semua??


Bakul Sayuran untuk 200 keluarga


Dapur Roti Panas kepada hampir 1000 penerima dalam beberapa fasa.


Makanan panas untuk dijadikan juadah iftar kepada hampir 300 orang penerima


Dapur Panas untuk tajaan Iftar kepada 300 keluarga


Sumbangan Bakul Sayuran dan Ayam Segar Frozen untuk 200 keluarga



Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kananNya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang daripada kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda, sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud”

(HR Al-Tirmidzi).


Jom sokong usaha Kongsi Kebaikan Aidilfitri tahun 1445h ini dengan membantu rakyat Gaza.





Penafian:  Sekiranya jumlah kutipan sumbangan telahpun mencapai sasaran bagi PROJEK INI, lebihan dana tersebut akan digunakan untuk PROJEK PALESTIN yang lain.



Semoga semua penyumbang dana dan doa yang sama-sama menjayakan projek ini diberikan ganjaran yang berpanjangan seperti air yang mengalir.  'Ya Allah, kurniakanlah kesihatan buat mereka, para penyumbang, penderma, yang mewaqafkan sebahagian harta dunia mereka untuk agama-Mu dan manfaat orang ramai. Dengan kesihatan yang baik, lebih banyak manfaat mereka boleh kongsikan buat orang lain lagi'.




Kepada mereka yang ingin  MENYUMBANG  secara terus ke akaun Rasmi B-Humanity:


Nombor akaun pertubuhan:


Cimb Bank

8605444648

Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan

Rujukan: Syawal Gaza


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
BANTUAN AIDILFITRI GAZA (RM 10)
BANTUAN AIDILFITRI GAZA (RM 20)
BANTUAN AIDILFITRI GAZA (RM 50)
BANTUAN AIDILFITRI GAZA (RM 100)
BANTUAN AIDILFITRI GAZA (RM 200)
BANTUAN AIDILFITRI GAZA (RM 500)
Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN

Perlukan Bantuan?