Akaun bhumanity.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Infaq Berkah - Pertanian Asnaf

Infaq Berkah - Pertanian Asnaf

Projek Infaq Berkah merupakan projek infaq peralatan pertanian yang diinisiatifkan oleh B-Humanity @ Kemanusiaan Tanpa Sempadan untuk membantu Kaum Ibu Tunggal dan Ibu Asnaf Miskin bagi projek pertanian padi dan penghasilan beras yang berkualiti serta organik.





Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha luas, Maha Mengetahui.

(Al-Baqarah 261)


Projek Infaq Barakah ini merupakan satu inisiatif yang cuba dibantu oleh B-Humanity @ Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan untuk membantu pembangunan ekonomi Kaum Ibu Tunggal dan Ibu Asnaf Miskin di Kampung Budun, Patani. Inisiatif ini diambil apabila ada seramai 50 orang kaum ibu yang terdiri daripada Ibu Tunggal, Asnaf Fakir Miskin dan Kurang berkemampuan melaksanakan 2 atau 3 kerja dalam sehari akan tetapi penghasilan pendapatannya masih tidak mencukupi untuk menyara keluarga bagi kehidupan seharian. 


Ditambah pula dengan penghasilan pertanian daripada padi ini mengambil masa yang begitu lama dan rumit dek kerana ketiadaan mesin moden untuk menguruskan padi dengan lebih sempurna. Semuanya diolah dengan secara tradisional menggunakan tulang 4 kerat sehingga kelelahan dan hanya dapat menghasilkan kuantiti yang sedikit setiap kali musim menuai.




BAGAIMANA INFAQ BERKAH ANDA DAPAT MEMBANTU MEREKA?











Kaum-kaum ibu disitu mensasarkan sesegera yang mungkin mereka akan beralih kepada sistem moden untuk penambahbaikan kualiti penghasilan dan produktiviti dalam menghasilkan beras organik dan HALAL bermutu tinggi.





In Shaa Allah tuan puan, mudah-mudahan berkat dari infaq ini dapat membantu mereka agar dapat memberi manfaat buat ummah dan menjadi jariyah buat kita di akhirat kelak.


Jom sama-sama menyumbang bagi menjayakan Projek INFAQ BERKAH ini. Semoga amalan kita memperoleh keberkatan daripada Allah SWT.


Ingin Bersama kami mengetahui projek-projek terkini klik Telegram kami: 

https://t.me/bhumanity


Kepada mereka yang ingin tahu projek-projek kami yang lain klik link:

https://bhumanity.onpay.my/


Atau Ingin Terus meyumbang TERUS ke Nombor akaun pertubuhan:

Cimb Bank

8605444648

Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan @ Borderless Humanity


Semoga Allah merahmati dan menerima amalan kita semua.


#bhumanity 

#KongsiKebaikanBersama

#borderlesshumanity



Iklan oleh OnPay
Perlukan Bantuan?