TAJA IFTAR MAKANAN PANAS PALESTIN



Selamat Datang Ramadan...


Bulan Ramadan Al-Mubarak bulan yang dimuliakan dalam Islam. Bulan ini juga manusia berlumba-lumba menambahkan amal ibadah mereka dengan menaja orang berbuka dan memperbanyak amalan bersedekah.


Tahu tak bahawa saat kita sedang menikmati juadah berbuka yang enak dan lazat, saudara kita di bumi Palestin mereka berpuasa tanpa henti dan tidak dapat bersahur mahupun berbuka puasa dengan penderitaan berlanjutan yang dikenakan oleh rejim zionis terhadap Rakyat Palestin.


Cuba bayangkan... Dalam keadaan rumah yang hancur keseluruhannya, mereka hidup dalam keadaan trauma dan ketakutan. Ditambah lagi dengan ujian kelaparan serta kebuluran melampau. Sekarang ini, iftar bukan sahaja sekadar satu makanan, malah ia adalah simbol harapan dan kehangatan kasih kita kepada Rakyat Palestin.




Setelah peperangan berlanjutan sudah hampir 160 hari, kematian yang sudah mencecah 31,000++ dan cedera mencecah hampir 80,000 mendapat rawatan secara tanpa bius, ala kadar dan tidak lengkap infrastruktur.


Rakyat Palestin khususnya Gaza terus hidup dibawah kekejaman zionis meskipun sejak pelanggaran dan penjajahan Nakba 1945, Rakyat Palestin diteruskan dengan penderaan dan penyiksaan terhadap kehidupan seharian rakyat Palestin.

Peperangan yang tidak berkesudahan bukanlah hanya sekadar konflik semata, akan tetapi ia merupakan satu krisis kemanusiaan buat Rakyat Palestin., malah penghapusan bangsa Palestin sangat terancang dilakukan oleh zionis.




INI ADALAH PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI, INI BUKANLAH PEPERANGAN YANG SEDANG DIGAMBARKAN OLEH MEDIA BARAT!!! 

IFTAR BUKANLAH SEBUAH HIDANGAN MAKANAN SEMATA, MALAH IA MERUPAKAN SATU PERJUANGAN






Mari bersama-sama dengan Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan menyampaikan sebuah kehidupan melalui 'sumbangan prihatin' anda 





Setiap pinggan makanan yang kita hantar, adalah satu langkah yang lbih baik daripada terus dipinggirkan dan didiskriminasi keingan untuk terus mendapat makanan dan minuman untuk terus bertahan hidup.






#KEMASKINI PROGRAM AGIHAN RAMADAN 1445 H / MAC 2024 DI GAZA, PALESTIN









Penafian:  Sekiranya jumlah kutipan sumbangan telahpun mencapai sasaran bagi PROJEK RAMADAN INI, lebihan dana tersebut akan digunakan untuk PROJEK AIDILFITRI  ATAU sumbangan projek umum.


Semoga semua penyumbang dana dan doa yang sama-sama menjayakan projek ini diberikan ganjaran yang berpanjangan seperti air yang mengalir.  'Ya Allah, kurniakanlah kesihatan buat mereka, para penyumbang, penderma, yang mewaqafkan sebahagian harta dunia mereka untuk agama-Mu dan manfaat orang ramai. Dengan kesihatan yang baik, lebih banyak manfaat mereka boleh kongsikan buat orang lain lagi'.




Kepada mereka yang ingin  MENYUMBANG  secara terus ke akaun Rasmi B-Humanity:


Nombor akaun pertubuhan:

Cimb Bank

8605444648

Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan

Rujukan: KKR


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
INFAQ RAMADAN MAKANAN PANAS RM 10
INFAQ RAMADAN MAKANAN PANAS RM 50
INFAQ RAMADAN MAKANAN PANAS RM 100
INFAQ RAMADAN MAKANAN PANAS RM 200
INFAQ RAMADAN MAKANAN PANAS RM 500
INFAQ RAMADAN MAKANAN PANAS RM 1000
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN

Perlukan Bantuan?