KONGSI REZEKI BERSAMA RUMAH-RUMAH ANAK YATIM, ASNAF, TAHFIZ DAN PUSAT JAGAAN KEBAJIKAN

“Mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim, katakanlah “Memperbaiki keadaan mereka adalah baik,” (al-Baqarah: 220)






Seringkali kedengaran isu-isu yang terbabit berlaku di rumah-anak yatim dan asnaf atau di pusat pengajian tahfiz yang mana mereka mengalami masalah kos pengurusan yang sangat tinggi sehinggakan ada beberapa rumah anak yatim yang terpaksa berhutang dan menahan lapar kerana kehabisan stok barang makanan samaada barangan kering mahupun barang basah.



Tekanan ekonomi juga antara menjadi faktor utama bagi setiap rumah-rumah anak yatim ini dimana kos barangan semakin meningkat dan mahal serta kos bayaran utilities tertunggak disamping kos pengurusan anak-anak kesekolah harian. Semua bebanan ini telah menambahkan lagi tekanan untuk penyediaan barangan makanan yang semakin hari kekurangan stok.



Rasulullah SAW bersabda, “Aku dan orang yang menanggung anak yatim (kedudukannya) di syurga seperti ini”, kemudian beliau SAW mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengah beliau SAW, serta agak merenggangkan keduanya” [HR. Bukhari, Shahih Bukhari, Sahl bin Sa’ad As-Sa’idiy: 5304].




"Ada ketikanya, anak-anak yang kelaparan ini, kami hanya masakkan nasi bubur yang penuh air serta berlaukkan mee segera yang disumbangkan hasil orang ramai."
- En Hakim -



"Walaupun saya menguruskan anak-anak ini sepenuh masa seperti anak saya sendiri, dan ada juga waktunya saya tiada cuti dan masa berehat, tapi Insha Allah saya yakin janji Allah itu pasti. Kita jaga anak yatim, Allah bagi kita dekat dengan Rasulullah di akhirat nanti.





CARI SOLUSI BANTU MEREKA



Pihak BHumanity telah mengambil langkah kedepan dengan menggerakkan satu projek HOPE (Huffaz, Orphanage@Anak Yatim, Asnaf & Dhuafa') bagi menggerakkan kempen dan membantu rumah-rumah anak yatim, asnaf, tahfiz serta menggerakkan projek Bank Makanan untuk kestabilan keterjaminan makanan yang berpanjangan.

Dengan adanya projek HOPE ini, ia akan digerakkan melalui 3 TERAS utama BHumanity iaitu Kebajikan, Pendidikan dan Dakwah yang mana ia meliputi bantuan makanan, bantuan akses pendidikan terbuka dan bantuan akses anak-anak sihat dan cergas.








Kos Perbelanjaan yang akan diagihkan bagi 5 buah rumah / pusat anak yatim, asnaf dan tahfiz:

1 RUMAH TAJAANRM 6,000 (SEBULAN)
RM 6,000 X 5 BUAH RUMAH SEBULANRM 30,000 / BULAN
RM 30,000 X 12 BULAN
RM 360,000 (1 TAHUN)







Oleh yang demikian, kami Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan @ Borderless Humanity (BHumanity) ingin mengajak anda semua untuk terlibat sama dalam menjayakan projek HAYAT ini dengan menyumbang dan menginfaqkan harta anda demi kelangsungan rumah-rumah anak yatim, asnaf dan tahfiz ini.

“Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakanNya dan diberinya kesenangan, maka dia berkata, ‘Tuhanku telah memuliakanku’. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata, ‘Tuhanku menghinaku’. Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya kamu tidak memuliakan anak yatim.” [surat Al-Fajr ayat 15-17].





Kepada mereka yang ingin berinfaq terus ke akaun Rasmi B-Humanity:


Nombor akaun pertubuhan:

Cimb Bank
8605 4446 48


Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan

(Reff: HOPE)

PENGESAHAN: Setiap sumbangan yang disalurkan kepada BHumanity akan digerakkan melalui projek-projek Kebajikan, Dakwah, Pendidikan serta Tabung Bencana Kemanusiaan.





Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
INFAQ DERMAWAN (RM 200.00)
INFAQ HARTAWAN (RM 100.00)
INFAQ HUMANITY (RM 50.00)
INFAQ INSANI (RM 30.00)
Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN

Perlukan Bantuan?