INFAQ BAIK PULIH MADRASAH


SUMBANGAN ANDA HARAPAN BUAT MEREKA


Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan @ Borderless Humanity merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu menggalang dana bagi beberapa pihak Madrasah yang memerlukan bantuan Baik Pulih Madrasah / Pondok samada dalam bentuk Baik Pulih Infrastruktur mahupun Baik Pulih barang keperluan dalaman madrasah / asrama.



Semasa Tinjauan di satu Madrasah TN Kg Contoh dipinggir bandar KK, Sabah


Hampir kebanyakan Madrasah yang kami lawati mengambil anak-anak yang masuk ke madrasah mereka terdiri daripada golongan Yatim/Yatim piatu, fakir miskin, anak gelandangan, anak-anak 'stateless' dan pelbagai lagi status asnaf. Anak-anak ini ada sebahagiannya sudah separuh hafiz dan ada daripada mereka sudah menghafaz beberapa Juzuk daripada Al-Qur'an.




Semasa kami menyampaikan sumbangan Al-Quran, Iqra dan Buku Asas Agama di satu Madrasah Kg Contoh, kelihatan jembatan rosak uzur dan keadaan yang becak teruk menyukarkan anak- anak disitu pergi ke Madrasah berkenaan.



ANTARA MADARASAH YANG AKAN DIBANTU BAIK PULIH DAN PEMBINAANNYA:



Pondok Ibadurrahman, Patani mempunyai seramai 20 orang pelajar tahfiz. Madrasah ini masih menumpang penggunaan pengajiannya di Masjid bersebelahan dengan kediaman asrama mereka. Kelihatan juga asrama mereka dibangunkan hanya berdindingkan zink dan kayu biasa sahaja.




Maahad Tahfiz Darul Hikmah, K. Ketil, Kedah



Fast Learning School di Lahad Datu, Sabah.

Keadaan dalam sekolah yang dhaif dan menjadi masalah apabila ketika musim hujan kawasan dalam akan dinaiki air mengalami kebocoran di dinding-dinding utama. Peralatan meja belajar juga uzur yang dibina sendiri oleh bapa kepada guru tersebut.



Madrasah Darussalam, Kg Labu, Yala. Semasa lawatan Tim kesana sedang musim cuti sekolah dan anak-anak kebanyakannya mengikut ibu dan ayah mereka ke kebun bercucuk tanam. Disini mereka perlu pembaikan meja baru serta pembaikan sistem eletrik mereka kerana hampir bertahun lamanya mereka terpaksa belajar dalam keadaan yang tidak selesa.




Maahad Nurul Hayat, Patani. Madrasah ini mempunyai hampir 200 pelajar lelaki dan perempuan dan hampir kesemua mereka tinggal diasrama. Mereka masih lagi dalam proses membina beberapa lagi banggunan belajar dan asrama untuk anak-anak madrasah yang mana asrama sedia ada tidak mencukupi untuk anak-anak disitu tinggal. Mereka juga mempunyai masalah air yang sangat teruk sering mengalami ketiadaan air dan air keruh. Kami juga dalam proses membantu memberikan perkhidmatan sistem air bersih di madrasah Nurul Hayat bagi mengurangkan masalah air.


Maahad At Tarbiyah Wa Da'wah Al Islamiah, Yala.
Perhatikan banggunan asrama pelajar mereka yang lama. Antara masalah yang mereka hadapi adalah kekurangan dana untuk baik pulih dalaman asrama serta ruang tandas dan tempat mandi mereka yang uzur. Kalau dilihat dari mata kasar, memang seronok dapat menggunakan air telaga, akan tetapi keterjaminan kebersihan air tersebut tidak dapat dipastikan kerana hampir 100% anak-anak disitu menggunakan air telaga untuk memasak dan minum selain membasuh pakaian. Oleh itu, di Maahad ini besar harapan mereka kalau kita dapat membantu membaik pulih ruang tandas dan membaiki sistem saliran air bagi kegunaan anak-anak tahfiz disana.



FASA BAIK PULIH AWAL
- Membaik pulih ruang belajar utama
- Membaik pulih atap banggunan
- Membaik pulih ruang dalam asrama
- Membaik pulih tandas dan bilik air pelajar

SASARAN KUTIPAN DANA FASA 1: RM 60,000.00

Rasulullah SAW bersabda;

Tidak ada hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana ada dua malaikat yang turun, salah satunya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang-orang yang berinfaq. Sedangkan (malaikat) yang lainnya berkata: ‘Ya Allah berikanlah kehancuran kepada orang-orang yang menahan (hartanya).

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



Penafian: Sekiranya jumlah kutipan sumbangan telahpun mencapai sasaran bagi PROJEK INFAQ BAIK PULIH MADRASAH, lebihan dana tersebut akan digunakan untuk PROJEK YANG LAIN ATAU sumbangan projek umum.
Semoga semua penyumbang dana dan doa yang sama-sama menjayakan projek ini diberikan ganjaran yang berpanjangan seperti air yang mengalir.   'Ya Allah, kurniakanlah kesihatan buat mereka, para penyumbang, penderma, yang mewaqafkan sebahagian harta dunia mereka untuk agama-Mu dan manfaat orang ramai. Dengan kesihatan yang baik, lebih banyak manfaat mereka boleh kongsikan buat orang lain lagi'.


Kepada mereka yang ingin MENYUMBANG secara terus ke akaun Rasmi B-Humanity:

Nombor akaun pertubuhan:

Cimb Bank

8605444648

Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan

(Reff: baik pulih madrasah)


*SILA KONGSIKAN RESIT BAYARAN KE NOMBOR +6011 2700 5165 BESERTA MAKLUMAT LENGKAP ANDA UNTUK RESIT SUMBANGAN*




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Baik Pulih Madrasah (RM 500)
Baik Pulih Madrasah (RM 200)
Baik Pulih Madrasah (RM 100)
Baik Pulih Madrasah (RM 50)
Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN

Perlukan Bantuan?