
GANDAKAN PAHALA YANG MENGALIR UNTUK IBU DAN AYAH ANDA YANG SUDAH TIADA DENGAN INFAQ AIR BERSIH DI MAAHAD NURIL HAYAT
Kami mengalu-alukan tuan/puan yang berbesar hati untuk berinfaq bersama-sama dalam pembinaan projek Infaq Air Bersih ini. Semoga ia menjadi saham akhirat kita kelak.
Untuk makluman, Pertubuhan Kemanusaan Tanpa Sempadan @ B-Humanity dengan Kerjasama Pertubuhan Ihsan Madani (Malaysia) dan Civil Society Assembly for Peace - CAP (Patani, Thailand) sedang menggerakkan satu Projek Infaq dan Waqaf Air di wilayah Islam di Selatan Thailand. Sepanjang tinjauan kami di wilayah selatan, hampir kebanyakan sekolah/pondok/maahad DLL menggunakan air telaga dan tadahan air hujan untuk penggunaan air seharian mereka.
Ma'ahad Nuril Hayat (MNH) @ Srichiwan Wittaya School terletak di Daerah Raman Wilayah Yala, Thailand. Maahad ini mempunyai pelajar hampir 200 orang termasuk lelaki dan perempuan. MNH mempunyai asrama dan kesemua pelajar menginap diasrama yang serba kekurangan.
Projek Infaq Air Bersih sangat diperlukan oleh mereka kerana sehingga kini mereka bergantung penuh dengan telaga air yang lama yang mereka gali kian berkurangan punca airnya. Selain air yang mereka dapatkan daripada telaga berkenaan tidak ditapis dan adakalanya berbau.
Masalah air tiada ditandas dan bilik air juga menjadi faktor utama kita ingin segerakan pembinaan baik pulih semula sistem saliran dan menggali telaga air baru yang lebih dalam dan dapat mencapai kepuasan air yang tidak terganggu lagi
Atas masalah kekurangan dana dan sistem pengajian yang percuma kepada semua pelajar menyebabkan pihak pengurusan maahad tidak mampu menggantikan motor pam air setiap kali mengalami kerosakan.




