BINA SAHAM KE JANNAH DENGAN AIR MENGALIR DI MASJID DARUSSALAM KAMPUNG LABU

INFAQ AIR BERSIH DEMI KEHIDUPAN UMMAH



PROJEK PEMBINAAN SISTEM AIR BERSIH YANG BERSISTEMATIK



B-Humanity dengan Kerjasama Pertubuhan Ihsan Madani (Malaysia) serta Himpunan Masyarakat Sipil Untuk Kedamaian (Selatan Thailand) sedang menggerakkan satu Projek Infaq dan Waqaf Air. Air merupakan sumber utama kehidupan bagi apa sahaja hidupan di muka bumi ini. Semasa tinjauan dan jelajah Tim B-Humanity ke lapangan, kami mendapati banyak Masjid/Surau/Pondok Tahfiz/ Madrasah mengalami masalah air yang sangat teruk.
B-Humanity bersama rakan NGO berhasrat untuk meneruskan projek air yang telah siap kami laksanakan sebelum ini, untuk dibawa kedepan bagi dilaksanakan di Masjid/Surau/Pondok Tahfiz/ Madrasah yang lain.



MASALAH APA YANG MEREKA HADAPI?


Masyarakat Kampung Labu perlu berjalan sejauh 3km untuk mendapatkan sumber air


Sumber air mata air didalam hutan

Gambar dari drone menunjukkan Masjid Darussalam Kampung Labu menjadi nadi utama orang kampung khususnya bagi melaksanakan solat 5 waktu, program ibadah dan majlis kemasyarakatan setempat. Masjid juga menjadi lokasi utama tempat pengumpulan air hujan yang ditempatkan kedalam 3 tangki besar sumbangan badan kerajaan.




Walaupun mereka mempunyai tangki simpanan yang besar dan banyak, mereka masih bergantung dengan sumber air hujan yang puratanya akan terhenti ketika musim kemarau dan panas berpanjangan. Oleh itu, tangki simpanan akan kekeringan selama 2 - 4 bulan.



Keadaan dalam tangki yang masih berbaki sisa berapa liter sahaja khas buat penggunaan mengambil wudu' dan simpanan untuk kegunaan tandas masjid.




Kami dibawa melawat dengan mata kami sendiri bagaimana susahnya mereka meredah hutan sejauh 3 km setiap hari hanya untuk mendapatkan segelen air dan akan kembali semula untuk mendapatkan keperluan seterusnya. begitulah setiap hari, bulan dan kehidupan seharian mereka.




Antara inisiatif lain, mereka akan ke punca mata air didalam hutan tadi kemudian mereka pindahkan sementara kedalam tong plastik di atas pacuan 4 roda kemudian mereka salurkan ke setiap rumah warga kampung demi kebutuhan seharian.


Inilah lokasi air mata air yang Allah anugerahkan kepada penduduk kampung disini, akan tetapi mereka TIADA DANA untuk membina takungan kolam besar dan membeli pam air berkuasa tinggi bagi mengepam masuk ke dalam tangki simpanan dimasjid. Sebab itu, perlunya kita bina kolam takungan disini disamping meletakkan satu pam air berkuasa tinggi dan sistem solar yang baik untuk digerakkan setiap hari ke tangki simpanan.

KENAPA KITA INGIN BANTU KAMPUNG LABU INI?



Masyarakat kampungnya yang harmoni, bersatu padu dan saling menghormati antara satu sama lain disamping sentiasa membantu bagi mereka yang mengalami kesulitan.



 

Orang kampung berjualan antara sesama bagi menyokong usaha ekonomi antara satu dengan yang lain. 
Mereka mempunyai sekolah agama yang dhaif dan sangat aktif kerana untuk anak-anak disini kesekolah umum kerajaan, jaraknya terletak jauh dibawah gunung yang mana kalau dikira waktu naik kereta untuk kesekolah setiap hari memakan masa 50 minit.


Ini adalah kolam takungan air masjid yang mana ia digunakan oleh Jemaah masjid dan juga pelajar-pelajar sekolah disebelah masjid. Apabila mereka mengalami masalah air yang berterusan begini menyebabkan mereka terpaksa memendekkan waktu kelas belajar dan bagi urusan solat fardhu di masjid, orang kampung digalakkan berwudhu' dari rumah sebelum ke masjid.



USAHA MENGGERAKKAN PROJEK WATER 4 JANNAH @ SISTEM AIR BERSIH
Kampung Labu sangat memerlukan projek penambahbaikan sistem bekalan air bersih diatas kekangan dana dan sebab-sebab yang dinyatakan diatas.
Oleh itu, B-Humanity telah bertemu dengan Mudir Madrasah berkenaan mengambil inisiatif dengan menggali telaga baru yang lebih dalam untuk mendapatkan sumber air tambahan daripada sumur yang aktif dan mengeluarkan banyak air. Selain perlunya penapis air dan tangki simpanan yang besar untuk memberi manfaat bukan sahaja penggunaan Jemaah Masjid dan Pusat Tahfiz, malah ia juga dapat memberi manfaat kepada komuniti kampung yang terkesan disana.



Perjanjian MOU dimeterai diantara dari kanan Civil Society Asembly For Peace (CAP - Rakan Strategik Thailand), Imam Masjid Darussalam Kampung Labu, B-Humanity (Penaja Projek), Ihsan Madani (Penaja Bersama @ Rakan Strategik Malaysia), 



TAHU TAK SEBELUM NI KAMI SUDAH BERJAYA LAKSANAKAN PROJEK AIR BERSIH @ WATER 4 JANNAH?

SISTEM TELAGA AIR BERSIH YANG LEBIH BERSISTEMATIK BERPANDUKAN PROJEK LEPAS




Sistem yang lengkap dengan moto pam, DB eletrik, Penapis Air serta saliran paip terus ke tandas, pusat pengajian dan perumahan asrama.


Kemudahan tangki septik bagi pembuangan sisa kotoran dan najis serta tangki simpanan air bertingkat.



KOS DIPERLUKAN BAGI MELAKSANAKAN PROJEK INI

RM 100,000.00
(Merangkumi Sistem Air di Masjid dan Kampung Labu)

Kami mengalu-alukan tuan/puan yang berbesar hati untuk berinfaq bersama-sama dalam pembinaan projek Telaga air ini, semoga ia menjadi saham akhirat kita kelak. Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.
(Surah Al-Baqarah : 261)




Penafian: Sekiranya jumlah kutipan sumbangan telahpun mencapai sasaran bagi PROJEK AIR BERSIH INI, lebihan dana tersebut akan digunakan untuk PROJEK YANG LAIN yang lain ATAU sumbangan projek umum.

Semoga semua penyumbang dana dan doa yang sama-sama menjayakan projek ini diberikan ganjaran yang berpanjangan seperti air yang mengalir. 'Ya Allah, kurniakanlah kesihatan buat mereka, para penyumbang, penderma, yang mewaqafkan sebahagian harta dunia mereka untuk agama-Mu dan manfaat orang ramai. Dengan kesihatan yang baik, lebih banyak manfaat mereka boleh kongsikan buat orang lain lagi'.


Kepada mereka yang ingin MENYUMBANG secara terus ke akaun Rasmi B-Humanity:


Nombor akaun pertubuhan:

Cimb Bank

8605444648

Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan

(Reff: INFAQ AIR BERSIH)


*SILA KONGSIKAN RESIT BAYARAN KE NOMBOR +6011 2700 5165 BESERTA MAKLUMAT LENGKAP ANDA UNTUK RESIT SUMBANGAN*







Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
WAKAF TELAGA AR-RUMAH RM 400
WAKAF TELAGA INSAN RM 200
WAKAF TELAGA NA'EM RM 100
WAKAF TELAGA KAUTHAR RM 50
WAKAF TELAGA RAHMAH RM 30
Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN

Perlukan Bantuan?