PROJEK DAKWAH BUKAN SATU JALAN HARUS DIPANDANG MUDAH
Alhamdulillah, segala puji dan syukur diucapkan kepada Allah SWT selawat dan salam kami panjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para isteri Baginda, para sahabat, serta golongan yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga hari kiamat.
Dakwah adalah tugas asasi bagi setiap umat Islam untuk menyeru, mengajak, menyampaikan dan memperkenalkan kepada manusia mengenai ajaran agama Islam. Dakwah juga boleh didefinisikan sebagai gerakan berterusan mengajak manusia ke jalan Allah SWT supaya mereka mendapat kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan di akhirat.
Firman Allah SWT:
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُون
Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar merekalah orang-orang yang beruntung”.
(Surah Al-Imran: 104)
Begitu juga sabda Nabi SAW:
بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً
Maksudnya: Sampaikan kepadaku walaupun sepotong ayat
(Hadis riwayat Bukhari, No. 3461)
Manakah lebih utama berdakwah kepada orang Islam atau berdakwah kepada orang bukan Islam? Kami menyatakan bahawa jawapan bagi persoalan ini adalah subjektif kerana kedua-duanya mempunyai keutamaannya yang tersendiri pada masa, waktu dan keadaan yang tertentu. Namun begitu, apa yang lebih penting adalah menyampaikan dakwah dengan tatacara dan adab susila yang terbaik sepertimana yang diajarkan oleh baginda Nabi SAW.
Allah SWT berfirman:
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
Maksudnya: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik
(Surah Al-Nahl: 125)
Ayat ini menerangkan bahawa dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat itu perlulah dilakukan secara berhikmah. Walaupun berlaku perdebatan dalam mencari kebenaran maka berhujahlah dengan isi-isi yang baik serta disulami dengan adab sopan kerana akhlak yang baik itu menjadi cerminan kepada wajah Islam yang sebenar.
Pernah pada suatu ketika Nabi SAW menyuruh Saidina Ali untuk membawa panji ketika peperangan Khaibar. Lalu Saidina Ali berkata, kami akan menentang dan melawan musuh sehingga mereka menjadi muslim, lalu Nabi SAW berkata: bersabarlah, sehingga kamu berjumpa dengan mereka dan mengajak mereka untuk memeluk agama Islam maka Allah akan bersama mereka.
فَوَاللَّهِ لَأَنْ يُهْدَى بِكَ رَجُلٌ وَاحِدٌ خَيْرٌ لَكَ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ
Maksudnya: “Demi Allah, apabila ada seorang sahaja yang mendapat petunjuk melalui dirimu, maka itu adalah lebih baik bagimu daripada unta merah (jenis unta yang paling baik).”
(Hadis riwayat al-Bukhari, No. 2942)
USAHA MENGERAKKAN DAKWAH DENGAN MENYANTUNI MUALLAF DAN 'NOT YET MUSLIM' DENGAN IFTAR
Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan @ B-Humanity akan menghantar wakil untuk menggerakkan projek Ziarah Dakwah di Pedalaman Utara Nong Khai, Thailand serta Pedalaman Utara Laos iaitu di Wilayang Mueng Xay.
Projek ini akan memfokuskan penyaluran tajaan Iftar untuk warga fakir miskin, muallaf dan golongan 'Not Yet Muslim' yang berminat mengenali Islam. Selain tajaan iftar, kami juga akan menyampaikan slot pendidikan pengenalan asas ibadah dan pengenalan tentang agama Islam khusus buat mereka yang mahu mendekati Islam pada program tersebut.
Selain menaja iftar, kami juga berusaha menyampaikan sumbangan Beras 5 kg bagi setiap keluarga kerana hampir kebanyakan penduduk Muslim disana hidup dalam keadaan dhaif serba kekurangan. Melalui kempen 'Kongsi Kebaikan Ramadan' yang baru kami lancarkan bulan lepas, insha Allah kita akan santuni seramai mungkin fakir miskin, muallaf dan 'Not Yet Muslim' disana.
Antara lokasi perkampungan yang akan kami lawati dan disampaikan sumbangan adalah:
1. Nong Khai, Udon Thani, Thailand
2. Udom Xay, Mueng Xay, Laos
3. Mueng Khun, Muang Xay, Laos
4. Vientianne, Laos
Insha Allah tajaan akan dibuka kepada masyarakat diluar sana agar terus membantu usaha kami menyampaikan dakwah dan memberi kefahaman yang jelas tentang Islam.
Insha Allah sasaran kami sebanyak RM 20,000 dapat dikumpulkan seterusnya dapat membantu golongan sasar yang kita sasarkan untuk bantu untuk projek amal trip Ramadan nanti.
Penafian: Sekiranya jumlah kutipan sumbangan telahpun mencapai sasaran bagi PROJEK DAKWAH RAMADAN INI, lebihan dana tersebut akan digunakan untuk PROJEK KONGSI KEBAIKAN RAMADAN ATAU sumbangan projek umum.
Semoga semua penyumbang dana dan doa yang sama-sama menjayakan projek ini diberikan ganjaran yang berpanjangan seperti air yang mengalir. 'Ya Allah, kurniakanlah kesihatan buat mereka, para penyumbang, penderma, yang mewaqafkan sebahagian harta dunia mereka untuk agama-Mu dan manfaat orang ramai. Dengan kesihatan yang baik, lebih banyak manfaat mereka boleh kongsikan buat orang lain lagi'.
Kepada mereka yang ingin MENYUMBANG secara terus ke akaun Rasmi B-Humanity:
Nombor akaun pertubuhan:
Cimb Bank
8605444648
Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan
(Reff: DAKWAH)