
Projek HUMANITY EMPOWERMENT merupakan projek Pemerkasaan Komuniti melalui bantuan mikro ekonomi, bantuan peralatan ekonomi dan pemberdayaan perusahaan masyarakat dalam apa jua bidang demi meningkatkan kualiti hidup dan mengurangkan kadar kemiskinan dikalangan masyarakat. Projek yang diinisiatifkan oleh B-Humanity @ Kemanusiaan Tanpa Sempadan untuk membantu Para Asnaf dan Fakir Miskin khususnya buat Ibu Tunggal, OKU, Fakir Miskin dan Dhuafa' bagi menggerakkan projek infaq pertanian, projek ekonomi asnaf dan pemberdayaan jahitan ibu tunggal.
Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha luas, Maha Mengetahui.
(Al-Baqarah 261)
Projek pertama ini merupakan satu inisiatif Infaq pertanian membantu pembangunan ekonomi Kaum Ibu Tunggal dan Ibu Asnaf Miskin di Kampung Budun, Patani. Inisiatif ini diambil apabila ada seramai 50 orang kaum ibu yang terdiri daripada Ibu Tunggal, Asnaf Fakir Miskin dan Kurang berkemampuan melaksanakan 2 atau 3 pekerjaan dalam sehari akan tetapi penghasilan pendapatannya masih tidak mencukupi untuk menyara keluarga bagi kehidupan seharian.
Ditambah pula dengan penghasilan pertanian daripada padi ini mengambil masa yang begitu lama dan rumit dek kerana ketiadaan mesin moden untuk menguruskan padi dengan lebih sempurna. Semuanya diolah dengan secara tradisional menggunakan tulang 4 kerat sehingga kelelahan dan hanya dapat menghasilkan kuantiti yang sedikit setiap kali musim menuai.
Projek kedua akan membantu golongan Ibu Tunggal, Suri Rumah Yang tidak berkemampuan dan golongan wanita asnaf miskin yang ingin membantu diri mereka bagi menjana pendapatan keluarga melalui kemahiran menjahit samada mengambil tempahan bisnes mahupun mengajar mereka yang lain yang tidak mahir. Dana infaq anda akan dimanfaatkan sebaiknya untuk membeli mesin jahit utama, mesin jahit tepi, mesin sulaman dan alatan keperluan jahitan yang lain. Sasaran kami mahupun kaum ibu disana supaya sekurang-kurangnya 20 orang kaum ibu diperingkat awal dapat dibantu dengan sebaiknya. Oleh itu, sumbangan anda semua amatlah diperlukan bagi menjayakan projek ini.
Ada beberapa hal kenapa projek ini memberi kelainan:
1) Hampir 85% dikalangan ibu-ibu ini mempunyai kemahiran menjahit yang sangat tinggi dan berkualiti.
2) Bagi mereka yang belum mahir, latihan secara intensif dan berterusan akan ditawarkan sehingga mereka mereka betul-betul menjadi usahawan dalam bidag jahitan ini.
3) Sebelum mereka beralih kepada dunia usahawan / enterprise, mereka yang belum mahir atau yang sudah mahir ini akan duduk bersama dalam kelompok bisneswoman yang sudah berjaya agar menjadi pendorong semangat dan motivasi tinggi.
4) Modul latihan kelas jahitan akan menerapkan Pakaian Patuh Syariah, secara tidak langsung mennjadi saham di akhirat kelak buat mereka yang menyokong usaha ini.
5) Sumbangan mikro iaitu pembelian mesin akan disumbangkan kepada setiap peserta yang sudah melepasi tahap pencapaian yang telah ditetapkan oleh penaja dan pihak pemantau daripada mereka yang mahir dalam bidang jahitan.
Projek ketiga akan membantu golongan asnaf dan fakir miskin dana mikro awam seperti Orang Kelainan Upaya atau fakir miskin yang tidak berkemampuan. Kita akan modalkan mereka wang modal awal untuk mereka menggerakkan perusahaan perniagaan kecil-kecilan bagi menampung bebanan keperluan kehidupan seharian keluarga disamping menjana pendapatan untuk masa mendatang. Kita menyasarkan 5 keluarga diperingkat awal pada tahun ini untuk dibantu secara berfasa.
BAGAIMANA INFAQ humanity empowerment ANDA DAPAT MEMBANTU MEREKA?
Bagi Projek Pertama, Kaum-kaum ibu disitu mensasarkan sesegera yang mungkin mereka akan beralih kepada sistem moden untuk penambahbaikan kualiti penghasilan dan produktiviti dalam menghasilkan beras organik dan HALAL bermutu tinggi.
Bagi Projek Kedua, mereka menyasarkan bantuan awal kepada 20 orang Ibu Tunggal diperingkat permulaan dan bantuan pembelian mesin jahit dan keperluan lain bergantung kemasukan dana. Ianya bakal melahirkan generasi usahawan dan ikon asnaf bagi menginspirasikan golongan asnaf yang lain bagi berusaha lebih kuat untuk keluar dari kesusahan hidup.
Bagi Projek Ketiga, B-Humanity menyasarkan 5 keluarga asnaf fakir miskin khususnya dipedalaman untuk dibantu melalui program Mikro Perniagaan Kecil-kecilan untuk menampung kos perbelanjaan harian disamping menjana pendapatan tambahan untuk keluarga.
Kelebihan Berinfaq dan Bersedekah
“Wahai Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling disukai Allah? Dan amalan apa yang paling disukai Allah?”
Nabi menjawab, “Orang yang paling disukai Allah ialah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain. Amalan yang paling disukai Allah ialah kegembiraan yang engkau hadirkan buat seorang muslim, atau engkau angkat kesusahan yang menimpanya, atau engkau langsaikan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya. Dengan aku berjalan bersama saudaraku untuk suatu urusannya lebih aku suka daripada dapat beriktikaf di masjid ini selama sebulan.”
(Hadis riwayat at-Thabrani)
In Shaa Allah tuan puan, mudah-mudahan berkat dari infaq ini dapat membantu mereka agar dapat memberi manfaat buat ummah dan menjadi jariyah buat kita di akhirat kelak.
Jom sama-sama menyumbang bagi menjayakan Projek Humanity Empowerment ini. Semoga amalan kita memperoleh keberkatan daripada Allah SWT.
Ingin Bersama kami mengetahui projek-projek terkini klik Telegram kami:
Kepada mereka yang ingin tahu projek-projek kami yang lain klik link:
https://b-humanity.org/projek-2023/
Atau Ingin Terus meyumbang TERUS ke Nombor akaun pertubuhan:
Cimb Bank
8605444648
Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan @ Borderless Humanity
*SILA KONGSIKAN RESIT BAYARAN KE NOMBOR +6014 346 1353 (Ustaz Hassan) BESERTA MAKLUMAT LENGKAP ANDA UNTUK RESIT SUMBANGAN*
Semoga Allah merahmati dan menerima amalan kita semua.
#bhumanity
#KongsiKebaikanBersama
#borderlesshumanity