INFAQ AIR BERSIH

INFAQ AIR BERSIH DEMI KEHIDUPAN UMMAH




PROJEK PEMBINAAN TELAGA AIR DAN SISTEM SALIRAN BERSISTEMATIK

B-Humanity dengan Kerjasama Pertubuhan Ihsan Madani (Malaysia) serta Himpunan Masyarakat Sipil Untuk Kedamaian (Selatan Thailand) sedang menggerakkan satu Projek Infaq dan Waqaf Air. Air merupakan sumber utama kehidupan bagi apa sahaja hidupan di muka bumi ini. Semasa tinjauan dan jelajah Tim B-Humanity ke lapangan, kami mendapati banyak Masjid/Surau/Pondok Tahfiz/ Madrasah mengalami masalah air yang sangat teruk.
B-Humanity bersama rakan NGO berhasrat untuk meneruskan projek air yang telah siap kami laksanakan sebelum ini, untuk dibawa kedepan bagi dilaksanakan di Masjid/Surau/Pondok Tahfiz/ Madrasah yang lain.


Projek Infaq Air yang telah berjaya dilaksanakan sebelum ini di Pusat Pengajian Ulum Arabiah, Kuala Ketil, Kedah



APA MASALAH UTAMA YANG DIHADAPI?




LOKASI YANG INGIN DIBANTU SECARA MENYELURUH







KENAPA MEREKA MEMERLUKAN INFAQ PROJEK TELAGA AIR INI?

Pihak Madrasah / Masjid / Surau / Pondok Tahfiz kini memerlukan bantuan awam untuk melestarikan projek telaga air mereka yang mana antara permasalahan utama yang sering mereka hadapi adalah sering terputus bekalan air serta tekanan air yang sangat rendah menyebabkan mereka kekurangan sumber air bersih.

Oleh itu, B-Humanity telah bertemu dengan Pengerusi Masjid / Mudir Madrasah dan Tahfiz berkenaan mengambil inisiatif dengan menggali telaga baru yang lebih dalam untuk mendapatkan sumber air tambahan daripada sumur yang aktif dan mengeluarkan banyak air. Selain perlunya penapis air dan tangki simpanan yang besar untuk memberi manfaat bukan sahaja penggunaan Jemaah Masjid dan Pusat Tahfiz, malah ia juga dapat memberi manfaat kepada komuniti kampung yang terkesan disana.


Masjid Darussalam, Kg Labu, Yala



Masjid ini merupakan lokasi diatas pergunungan tinggi di Yala, Thailand. Permasalahan air yang sangat kronik ditambah pula kurang teknologi yang dapat membantu komuniti disana.



Air kolah masjid kekeringan kerana air utama tidak sampai keatas masjid



Tangki simpanan besar juga kekeringan dan hanya mengharapkan air hujan turun


Tangki simpanan masjid mengharapkan air hujan. Adakala musim kemarau, air tidak dapat menampung kepasiti penggunaan.



KEJAYAAN KAMI BANGUNKAN SISTEM GALIAN TELAGA DAN SALIRAN YANG LEBIH BERSISTEMATIK

Sistem yang lengkap dengan moto pam, DB eletrik, Penapis Air serta saliran paip terus ke tandas, pusat pengajian dan perumahan asrama.


Kemudahan tangki septik bagi pembuangan sisa kotoran dan najis serta tangki simpanan air bertingkat.



FASA PROJEK




KOS DIPERLUKAN



Kami mengalu-alukan tuan/puan yang berbesar hati untuk berinfaq bersama-sama dalam pembinaan projek Telaga air ini, semoga ia menjadi saham akhirat kita kelak. Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.
(Surah Al-Baqarah : 261)



Penafian: Sekiranya jumlah kutipan sumbangan telahpun mencapai sasaran bagi PROJEK AIR BERSIH INI, lebihan dana tersebut akan digunakan untuk PROJEK YANG LAIN yang lain ATAU sumbangan projek umum.

Semoga semua penyumbang dana dan doa yang sama-sama menjayakan projek ini diberikan ganjaran yang berpanjangan seperti air yang mengalir. 'Ya Allah, kurniakanlah kesihatan buat mereka, para penyumbang, penderma, yang mewaqafkan sebahagian harta dunia mereka untuk agama-Mu dan manfaat orang ramai. Dengan kesihatan yang baik, lebih banyak manfaat mereka boleh kongsikan buat orang lain lagi'.



Kepada mereka yang ingin MENYUMBANG secara terus ke akaun Rasmi B-Humanity:


Nombor akaun pertubuhan:

Cimb Bank

8605444648

Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan

(Reff: INFAQ AIR BERSIH)


*SILA KONGSIKAN RESIT BAYARAN KE NOMBOR +6011 2700 5165 BESERTA MAKLUMAT LENGKAP ANDA UNTUK RESIT SUMBANGAN*







Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
INFAQ LOT SAKINAH (RM 50)
INFAQ LOT MAWADDAH (RM 100)
INFAQ LOT TARBIYYAH (RM 200)
INFAQ LOT HARTAWAN (RM 500)
INFAQ LOT DERMAWAN (RM 1000)
Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN

Perlukan Bantuan?